Artikel kali ini izinkan zaremi kogsikan dengan anda ialah tawaran terakhir bagi pelan medikal i-Great Evo. Di mana satu – satunya pelan di dalam Great Eastern Takaful yang paling banyak di jual oleh ejen – ejen Great Eastern Takaful khususnya Pelan Medikal.
Kenapa pelan i-Great Evo di tutup
Pelan i – Great Evo di tutup bukan lah bererti, syarikat memberhentikan operasi perniagaan bagi manfaat Pelan Medikal Hospital. Ia mungkin bakal di gantikan dengan pelan baru yang mengikut keperluan masa ini. Tidak ada info lagi mengenai Manfaat serta harga bagi pelan medikal hospital yang baru. Biasanya ada perubahan kadar harga caruman takaful sedikit naik dan sedikit mahal. Istilah yang selalu di guna pakai adalah ‘Repricing’.
Tahukah anda Pelan Medikal melibatkan sektor hospital. Maka itu, kadar Inflasi hospital termasuk kos rawatan, seperti caj ubat-ubatan, mesin dan lain-lain dijangka naik 10% hingga 20% setiap tahun.
Contoh untuk memahami kenaikan inflasi hospital, pada tahun 2000 kos pembedahan adalah sekitar RM7,000 ke RM9,000. Untuk tahun 2020, kos meningkat sehingga RM25,000 ke RM35,000.
Di dalam Takaful, segala caruman atau sumbangan yang telah anda carumkan akan di masukkan ke dalam Tabung Tabarru’ bersama – sama dengan sumbangan dari pelanggan – pelanggan yang lain. Syarikat Takaful akan membuat ramalan (forecast) agar nilai dalam Tabung Tabarru’ mampu menampung tuntutan bagi tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.
Tekanan inflasi dan keadaan tuntutan yang makin tinggi inilah yang menyebabkan nilai dalam Tabung Tabarru’ mengalami susut nilai yang teruk. Untuk mengelakkan masalah ini menjadi lebih parah, pihak syarikat Takaful perlu membuat ‘Repricing’ caruman bagi setiap pelanggan secara adil.
Berapakah Jumlah Kenaikan Caruman Takaful Yang Akan Dikenakan dan Berapa Kerap?
Sebenarnya, saya juga tiada jawapan yang boleh dipastikan betul dan tepat untuk soalan ini. Hanya boleh membuat jangkaan secara kasar.
Pertama,dari segi kenaikan caruman, ada rekod kenaikan caruman RM5 sebulan per individu. Ada rekod kenaikan sehingga RM20 sebulan. Ia bergantung kepada faktor inflasi kos perubatan semasa dan umur pelanggan.
Kedua dari segi kekerapan, ada rekod 3 tahun sekali. Ada rekod 10 tahun sekali. Ia bergantung kepada inflasi kos perubatan semasa dan unjuran nilai Tabung Tabarru’.
Oleh itu, mahu tidak mahu, anda sebagai pelanggan atau bakal pelanggan perlulah mengetahui dan sedar kenaikan caruman Medikal Kad kemungkinan berlaku. Tetapi yang pasti ianya tidaklah membebankan anda seteruk yang anda sangka.
Berdasarkan pengalaman sebenar saya dalam industri, proses penguderaitan (proses kelulusan) sebuah syarikat juga memainkan peranan penting bagi memastikan tabung tabaruk tidak terjejas teruk akibat tuntutan claim yang tinggi. Sebagai contoh, mungkin anda pernah melihat adalah syarikat operator takaful di sana boleh beri kelulusan mudah tidak serumit proses kelulusan syarikat operator takaful yang di sini. Selang beberapa tahun, ada kenaikan harga yang pelanggan perlu menanggung kesan dari Tabung Tabaruk yang semakin mengecil. Mesej di sini, carilah syarikat operator takaful yang mempunyai ‘track record’ yang baik bagi masa depan anda untuk memiliki Pelan Medikal Kad Takaful terbaik.
Jika anda sudah memiliki 1 Pelan Medikal Perubatan, saya ucapkan tahniah. Jagalah baik baik sijil takaful Medikal Perubatan anda supaya tidak terputus (lapsed) manfaat yang telah di sediakan oleh syarikat operator takaful anda. Pelan Medikal Kad Takaful terbaik adalah pelan medikal yang ada beli semasa sihat. Jika belum lagi, ini masanya untuk anda mendapatkan pelan Takaful Medikal Kad i-Great Evo yang bakal berakhir pada 30 November 2023 ini.