Meriah IFTAR 2014

IFTAR 2014Hai apa khabar my brother and my sister?Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman.

Bagaimana aktiviti anda sepanjang bulan ramadhan ini?Biasa biasa atau luar biasa dari biasa?Saya rasa,ramai yang setuju dengan saya.Trafik sepanjang bulan ramadhan ini agak sedikit kritikal kerana semua orang merancang untuk sampai ke rumah lebih awal.Nak ambil anak dari sekolah/jagaan,masak untuk berbuka dengan keluarga juga tidak kurang menukar menu dengan membeli sahaja di pasar juadah.

Iftar 2014

IFTAR 2014 Minggu ini saya ingin kongsikan sedikit artikel aktiviti saya bersama rakan perniagaan saya serta rakan sekolah lama yang lebih 10 tahun tidak berjumpa.                             Tahun 2014 ini,adalah merupakan tahun yang penuh erti bagi saya dan keluarga.Saya di beri tanggungjawab untuk membantu rakan perniagaan saya ‘Bagaimana Memulakan Perniagaan’ secara part time.In sha allah SP Group akan bertambah ramai anggotanya dengan sokongan dan kepercayaan rakan rakan seperjuangan.

 Alhamdulillah G.S.M Group juga mendapat penambahan ahli baru.Mereka adalah antara rakan rakan seperjuangan saya dalam Industri Ansurans & Takaful.Berkhidmat lebih dari 10 tahun dan ke atas.Mereka juga adalah antara pembakar semangat saya untuk terus maju dan berdaya saing secara sihat.

 Pada masa yang sama,tahun ini SMP Group berjaya berusaha mengumpulkan rakan rakan sekolah lama yang saya kira sangat memberi nilai dan erti dalam hidup saya.Kenangan ini terlalu manis masakan waktu itu adalah masih lagi di bangku sekolah menengah.Sekarang,masing masing dengan keluarga bahagia dan ada yang dah berderet anaknya.Rezeki katanya.

  Saya sangat menghargai setiap detik dan masa yang saya lalui.Ini kerana,tidak mungkin dapat kita ulangi masa silam.Sesungguhnya tiada yang lebih bernilai selain dari nilai nilai murni sebuah persahabatan.Dalam agensi yang sedang saya bina ini juga,kami tetap menerapkan bantu membantu dan sentiasa belajar dari yang berjaya.’No Body Perfect Here’.Iftar 2014  Terima kasih kepada isteri tercinta yang sentiasa menyokong saya.Merupakan tulang belakang saya jatuh dan bangun,saya dalam membina kejayaan.Juga usaha  SP Group untuk berbuka puasa bersama dan En Mohd Azan Azahari mewakil SP Group.Semoga majlis ini berterusan dan terus maju jaya.