Aktiviti kami berjalan seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa dari 18 Mac 2020 sehingga kini. Saya dan team masih ON dengan perjumpaan mingguan. Alhamdulillah, respon yang di berikan dari mereka cukup positif. Walaupun terpaksa bekerja dari rumah. Mereka berikan komitmen penuh pada setiap hari Selasa Malam dan setiap hari Sabtu Pagi tanpa prejudis.

Anda boleh tengok gambar ‘screen short’ yang sempat kami kongsikan ‘weekly meeting’ sepanjang PKP berjalan.. Hebat kan semangat mereka.

Cara Daftar ‘Sign Up’ Pelan Takaful Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)

Tidak semudah yang di fikirkan untuk bekerja dari rumah ‘Work From Home‘. Ia nampak macam mudah, namun bagi mereka yang memiliki anak yang masih kecil. Sangat teruji dengan melayan kerenah mereka di rumah. Kita perlu bijak untuk mencari masa dan ‘educate‘ mereka dari ‘ time’ berapa untuk kita siapkan tugasan kerja. Pada ketika ini juga, pasangan kitalah orang yang paling penting bagi memahami tugasan kita sebagai perunding takaful.

Untuk pengetahuan anda, kami di ‘front liner‘ di sini. Masih menerima permohonan daftar ‘sign up’ Pelan Takaful walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sedang berjalan. Kerana, pada ketika ini dan saat ini. Manfaat perlindungan dari virus Covid 19 amat sangat di perlukan.

Non Face To Face(NFTF) ini telah memberikan peluang kepada bakal pelanggan untuk mendapatkan sijil takaful dengan lebih mudah. Caranya sangat mudah,

  1. Dapatkan maklumat/info mengenai Pelan Takaful yang di cadangkan oleh Wakil Takaful mengikut keperluan anda.
  2. Proses ‘penguderaitan’ mudah lulus sekiranya tidak ada masalah/sejarah kesihatan.
  3. Emailkan ic depan dan belakang mengikut format(rujuk wakil takaful).
  4. Ruangan tandatangan tidak di perlukan sepanjang PKP(rujuk wakil takaful)
  5. Sediakan pembayaran pertama seperti Pelan yang di cadangkan(rujuk wakil takaful)
  6. Selesai

Oya, berita baik kepada semua pelanggan – pelanggan Great Eastern Takaful. Anda akan menerima manfaat tambahan automatik sekirangnya di sahkan positif covid 19. Malah pasangan anda dan anak – anak anda di lindungi sama manfaat tersebut. Anda boleh klik info tentang manfaat tambahan yang di sediakan. Tiada borang permohonan perlu di lengkapkan, Ianya PERCUMA selagi anda memiliki sijil takaful yang masih aktif. Bagus bukan?

Lagi Berita Baik

Anda dah tonton video i – Great Harapan Plus? Syarikat Great Eastern Takaful telah melanjutkan permohonan yang sepatutnya berakhir 31 Mac kepada 30 April 2020. Ia adalah satu satunya permohonan yang di jamin lulus tanpa perlu ‘medical checkup’ atau ‘laporan perubatan hospital’ jika anda memiliki masalah kesihatan. Ini lah masa untuk anda panggil kami review perlindungan takaful anda dan pasangan anda. Klik berita baik untuk info tersebut iya.

Akhir kata, sila duduk di rumah. Pastikan kita sama sama tangani untuk memberhentikan rangkaian covid – 19 ini dengan kadar segera. Saya juga tidak sabar nak mula bekerja dan jumpa dengan pelanggan – pelanggan saya.

Anda Berminat Untuk Sertai Pasukan Kami sebagai Perunding Takaful di tempat anda?

Jangan risau, kami sedia membantu anda untuk menyediakan sessi coaching dan latihan secara PERCUMA.

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut.

ZaremiOthman
Unit Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
https://wa.me/60126195700

Kumpulan Umur Mana Paling Tinggi Claims Ansurans Takaful

Minggu lalu saya ada kongsikan jumlah tuntutan 2016 bagi rawatan hospital hampir mencecah separuh billion .Boleh klik bacaan penuh di sini.

Dan itu tidak cukup menakutkan kerana memang sudah jadi lumrah rakyat Malaysia suka ‘last minute action’ atau sungguhpun beliau tahu kos perubatan meningkat mahal .Tidak ada usaha atau langkah langkah untuk mendapatkan maklumat mengenai bagaimana menghadapi keadaan sebenar apabila semalam doctor maklumkan pembedahan ini memerlukan RM 15 000 segera.Jika tidak di potong bahagian yang rosak Continue reading

Bukan Senang Untuk Senang ,Bukan Susah Untuk Susah.

Happy Deepavali 2016Happy Deepavali kepada My Indian Friends.

Setiap kali Raya Deepavali sampai ,makcik saya saya selalu sebutkan time inilah waktu saya di lahirkan.

Sudah jadi ingatan pada makcik saya dan ibu saya mengenai kelahiran saya pada 30 Oktober tahun 81.

Tahun ini agak ‘special’ apabila Continue reading

Juara Tidak Pernah Mengalah

Juara Rekrut Takaful TeramaiSabtu lalu,zaremi baru sahaja balik dari Jemputan Raya Celebration 2016 di DoubleTree Hillton Hotel anjuran Great Eastern Takaful.

Jemputan ini adalah jemputan yang di pilih khas berdasarkan
akitivi Jualan Peribadi Konsisten Agent pada bulan Jun dan Julai.

Alhamdulillah ,ia hasil dari kerja keras dari pasukan agensi Supreme Power juga sokongan dan kepercayaan dari pelanggan zaremi Continue reading

Saya Seorang Juruteknik

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Siapa saya 10 tahun dahulu?

I am tecnicianOrang kata bukan senang untuk mengubah nasib sekiranya memang ini adalah periuk nasi kita.Apatah lagi jika keliling kita kesemuanya memiliki pola fikiran yang serupa dengan kita.Sudah pasti tidak jauh ke mana mampu kita ubah.Malah memang cita cita saya sebaik sahaja tamat pengajian Diploma ingin jadi technician.

 

Kena Buli dengan Engineer

Ah Seng(bukan nama sebenar) merupakan engineer saya semasa Continue reading

FAN RUN MALAYSIA Sept 2014

FAN RUN 2014Minggu ni saya ingin kongsikan dengan anda ialah aktiviti hujung minggu saya yang cukup awesome.

Bilakah kali terakhir anda berlari?involved aktiviti bersukan atau riadah seperti ini?Sebenarnya,saya baru juga ikuti larian marathon 3 tahun yang lepas.Bukan lah sangat baik rekod yang saya buat cuma perasaan apabila kita dalam kumpulan ini sangat luar biasa.

Bangun seawal pagi,dan berlari sejauh 10km ini bukan satu kerja yang mudah.Dan saya percaya bagi sesetengah orang berpendapat lebih baik rehat di rumah dengan menghabiskan masa di hujung minggu menonton televisyen.Pendapat saya amat berbeza sekali kerana waktu untuk duduk duduk kosong terlalu singkat untuk di habiskan.Lebih baik penuhi aktiviti yang bermanfaat dan yang lebih meyeronokkan kerana hidup ini penuh dengan warna.

Pada masa yang sama juga,setidak tidaknya kita boleh mengumpul ‘madel’ yang di kutip sepanjang masa sihat kita sebagai kenang kenangan kelak.Manalah tahu entahkan esok atau lusa kita tidak mampu berdiri lagi.Ia sebagai motivasi kepada anak anak atau cucu cucu saya siapa bapa/atok beliau satu masa dahulu.Ya,mungkin nampak ‘funny’ tetapi inilah cara saya berfikir.Kita tinggalkan legasi dan anspirasi kepada keturunan kita.Apa salahnya kan..

Saya juga amat bersyukur dengan BMI saya masih dalam range yang tidak terlampau berdasarkan tinggi dan berat saya.Mudah mudahan allah sentiasa memberikan saya kuasa tenaga untuk terus sihat dan hidup penuh dengan gembira.Perhatikan pada keratan akbar yang saya lampirkan.Statistik yang menunjukkan kadar obesiti di kalangan Rakyat Malaysia amat membimbangkan.44% adalah lelaki dan 49% pula adalah golongan wanita.Anda sendiri tahu yang penyakit sangat mudah sampai dan melekat apabila berat badan yang tidak cukup ideal.Hubungi saya jika salah seorang daripada anda yang inginkan Plan Perubatan Hospital.Manalah tahu,malang tidak berbau.

Next larian saya ialah di MATRADE.Mungkin belum terlambat untuk anda daftar bersama sama saya.Rasai sendiri tenaga dan kuasa apabila anda berlari.Cakap senang der,buat tengok.Klik sekarang untuk daftar http://greateasternlivegreatrun.com/

Fokus dan Rajin adalah rahsia berjaya

20Saya selalu ingatkan diri saya untuk sentiasa belajar tidak kira walaupun anda dah pun pernah mengetahui perkara tersebut.Prinsip yang di tunjukkan oleh guru saya iaitu jangan sombong telah melekat dalam jiwa saya.Ada satu pepatah yang pernah saya dengar.

“Jika kita ada harta,kita perlu menjaganya,
sebaliknya jika kita ada ilmu.Insha allah ilmu menjaga kita”

Hanim adalah salah seorang Takaful Leader yang pertama menyertai kami di Supreme Power Agency,sebelum berpindah ke pejabat baru di Sri Petraling.Beliau adalah di bawah unit Tuan Mohd Zulkiffli Mohd Nor yang juga antara sahabat baik saya dalam sama sama mengembangkan perniagaan industri takaful.Apa yang menarik ingin saya kongsikan dengan anda ialah sikap beliau yang fokus serta rajin bertanya.Baru sahaja meyertai tim kami pada hujung tahun 2013.

Jangan lupa temujanji kita pada sabtu ini di Dewan Besar Great Eastern Level 6.Lihat sendiri dan dengar bagaimana mereka bermula.Tiada rahsia  atau jalan pendek “shortcut” untuk berjaya.Fokus dan rajin adalah rahsia kaya dan berjaya.

Zaremi Othman
Seniour Great Eastern
012-619 5700

Doktor juga manusia

Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”

“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam – dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”

Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

Bapa budak tu tersengam.

Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….

Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.

Adakah kita seorang daripadanya?

Inginkan maklumat mengenai kad perubatan hospital?Hubungi saya 012-619 5700 atau 03-9059 2298 untuk temujanji.