Melaka yang dulu dan sekarang

Melaka 4Hai apa khabar pembaca yang budiman.Assalamualaikum w.b.t.Bagaimana aktiviti cuti sekolah September 2014 ini?Luar biasa atau biasa biasa sahaja aktivitinya?Saya,isteri dan anak baru sahaja balik bercuti.Kami habiskan masa 3 hari di Melaka.Kita semua tahu Melaka,merupaka salah sebuah negeri yang penuh dengan sejarah dan kisah bagaimanaa urusan perdagangan berlaku.Juga antara kisah pahlawan pahlawan Melaka seperti Hang Tuah dan rakan rakan nya yang penuh taat setia kepada sultan pada ketika itu.Itu dulu.Sekarang,Melaka yang saya lihat sendiri tidak ubah seperti bandaraya maju sepertiMelaka Kapal Cruise bandaraya Kuala Lumpur.Sebuah bandar yang maju dan luar biasa dari zaman saya kecil kecil dahulu.Memang kalau sebut sahaja negeri Melaka,kita akan fikir tempat tempat bersejarah.

Pendapat peribadi saya,ia sebuah kota hiburan sesuai untuk anda membawa keluarga dan anak berjalan melihat dan merasai pengalaman pengalaman baru dalam hidup mereka.Hotel Melaka

                                        Menyusuri bandar melaka dengan menaiki kapal Cruise ,Melihat bandar Melaka melalui Menara Taming Sari,Menaiki Beca juga Kapal Melaka yang mempunyai kisahnya tersendiri juga jangan lupa rasa sendiri Asam Pedas Melaka yang memang terkenal dengan rasa lemak pedasnya.

Oya,saya cadangkan jika hendak turun ke Melaka.Rancanglah cuti dengan sebaik nya.Booking secara ‘online’ jauh lebihMelaka Taman Tema murah dan berbaloi.Hotel boleh tahan penuh tambahan lagi jika musim cuti sekolah.Dan hotel yang saya cadangkan cari lah kawasan dengan Bandar Hilir,Melaka.Kalau boleh jalan kaki ke bandar,lagi bagus.Ini kerana kawasan bandar Melaka kebanyakannya ‘one way’ dan jangan lupa untuk bayar parking kerana silap haribulan surat cinta akan sampai ke kereta anda.Sistem parking di sini menggunakan tiket yang boleh anda dapatkan di kedai kedai berhampiran.

Ada satu lagi tempat yang menarik boleh anda kunjungi ialah Water World Park.45km dari pusat bandar dan lebih kurang 45 minit perjalanan untuk ke sana.Anda boleh pergi ke Taman Safari,Water Park dan Old West.Habiskan satu hari masa di sana dan jangan lewat kerana masa amatlah suntuk untuk bergumbira.Anyway,terima kasih isteriku dan super hero.Cintaku dan keluargaku.In sha allah,ada rezeki kami akan turun lagi Melaka.

Next percutian kami belum tahu lagi.Kemungkinan besar dalam Malaysia juga.Saya rasa ada baiknya juga saya bawa anak saya kenal dan cinta dulu negara sendiri sebelum ke luar negara.