Senarai Bank Panel Great Eastern Takaful

Menara Great EasternSyukur alhamdulillah,sekali lagi kita bertemu kembali untuk ruangan artikel saya yang terbaru setelah balik bertugas dari cuti Aidilfitri tempoh hari.

Bagaimana anda rasa?seronok atau biasa biasa?atau ada antara anda runsing akbibat terlebih belanja pada bulan puasa yang lalu.

Merancang untuk berbelanja.

Kita sangat mudah terpengaruh dengan Continue reading

Cara Sebenar Delivered Policy Pelanggan

cara sebenar delivered policyHai assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman.

Bagaimana aktiviti minggu ini?Adakah anda sangat sibuk dengan tugasan kerja di pejabat atau urusan anak anak yang bakal tamat sessi persekolahan tidak lama lagi.

Artikel minggu ini yang ingin saya kongsikan kepada rakan budiman yang saya kasihi ialah cara sebenar ‘delivered policy’ pelanggan.

Jika anda perasan,policy ansurans yang anda beli rata rata nya adalah di dalam bahasa inggeris.Terma terma yang ada kala nya kita sebagai orang yang buakn dalam industri ansurans pasti tidak faham maksud yang di sampaikan.

Minggu ini rakan seperjuangan saya,Tn Mohd Zulkiffli berkongsi cara sebenar dan bagaimana untuk menjelaskan ‘term term’ penting supaya pihak pelanggan tidak salah faham semasa berlaku sesuatu tuntutan.Ini sangat penting kerana ia melibatkan integriti seseorang agent itu menjalankan tugas juga mewakili Syarikat Ansurans No 1 di Malaysia.

Setiap pelan ansurans/takaful memiliki ‘term’ yang berbeza.Apatah lagi antara seuah syarikat dengan syarikat yang lain.Memang nampak sama perlindungan dan nilai tuntutan,namun saya nasihatkan agar anda mendapatkan semuala ‘agent servising’ anda bagi menjelaskan semula pelan ‘benefit’ yang anda ambil suatu ketika dahulu.

Ingin dapatkan Pelan Quotation?Simpanan Pendidikan Anak atau Simpanan Kad Perubatan Hospital?Klik butang di bawah.Pihak kami akan membantu anda bagi menyiapkan Pelan quotation tersebut.free-quote2

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Hai assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera rakan yang budiman.Alhamdulillah,selesai sudah bulan syawal yang kita rai raikan.Banyak juga jemputan open house dan kenduri saya dapat.Sampai ada yang terpaksa saya lepaskan kerana jadual masa yang sangat rapat.

Alhamdulillah,sepanjang bulan syawal ini juga.Segala urusan jadual kerja saya berjalan mengikut jadual.Tetapi kali ini,sedikit kelam kabut selepas seminggu cuti raya.Di tambah lagi aktiviti bulan puasa yang lalu agak kurang bergerak.Walaubagaimanapun,ia tidak melemahkan semangat saya untuk mendapat pelanggan baru bagi bulan ogos ini.

Merdeka

Esok,kita akan meyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57.Kalau dulu,masa saya bujang bujang.Kami budak budak bujang dah mula menghias motor.Maklumlah nak turun town.Tapi,bila dah berkeluarga,lebih banyak menghabiskan masa berehat di rumah dengan menonton televisyen.Saya ingin kongsikan dengan anda,hari ini hidup saya sangat berbeza sekali.Saya melihat pencapaian dan kejayaan dari sudut yang berbeza.Saya faham tentang erti merdeka apabila saya mula bekerja sendiri.Bersyukur dan bertuah rasanya,saya hidup di negara tanah air sendiri,Malaysia.

Saya tidak bercakap bagi mana mana pihak parti atau politik.Cuma,bagi kami orang yang bekerja sendiri,cari sale,buat market servey dan lama dalam pasaran.Kita faham,bagaiamana membina dan mencipta peluang.Kita adalah ‘survivor’.Ada suatu papatah berbunyi ‘Jangan tanya apa negara boleh beri,sebaliknya ialah tanya apa yang kita boleh berikan kepada negara’.

2014 Convenction Talk 2

Sesuai dengan tema tahun ini iaitu ‘Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’.Bagi orang yang baru bercinta,mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kekasihnya.’Biar Lautan Api,Sanggup Aku Renangi’ katanya.Kebetulan pada masa yang sama,saya ingin kongsikan dengan anda berita baik pada bulan september ini ialah satu lagi Program Keusahawanan yang di anjurkan oleh Great Eastern.Bukan 1 atau 2 speaker tetapi 8 speaker yang di bawa khas untuk berkongsi kisah kejayaan mereka.

Saya minta anda hadir dan dengar sendiri.Bagaimana mereka bermula,halangan dan cabaran yang di lalui juga pencapaian dan kejayaan yang telah mereka kecapi.

Semua ini akan di adakan pada 20 September 2014 di Dewan Besar Great Eastern Tingkat 6,Jalan Ampang.Bagi anda yang berminat dan ingin mengetahui maklumat tentang program ini,boleh hubungi saya untuk sahkan kehadiran

Zaremi Othman
Seniour Executive Great Eastern
Tel No: 012 – 619 5700

Meriah IFTAR 2014

IFTAR 2014Hai apa khabar my brother and my sister?Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman.

Bagaimana aktiviti anda sepanjang bulan ramadhan ini?Biasa biasa atau luar biasa dari biasa?Saya rasa,ramai yang setuju dengan saya.Trafik sepanjang bulan ramadhan ini agak sedikit kritikal kerana semua orang merancang untuk sampai ke rumah lebih awal.Nak ambil anak dari sekolah/jagaan,masak untuk berbuka dengan keluarga juga tidak kurang menukar menu dengan membeli sahaja di pasar juadah.

Iftar 2014

IFTAR 2014 Minggu ini saya ingin kongsikan sedikit artikel aktiviti saya bersama rakan perniagaan saya serta rakan sekolah lama yang lebih 10 tahun tidak berjumpa.                             Tahun 2014 ini,adalah merupakan tahun yang penuh erti bagi saya dan keluarga.Saya di beri tanggungjawab untuk membantu rakan perniagaan saya ‘Bagaimana Memulakan Perniagaan’ secara part time.In sha allah SP Group akan bertambah ramai anggotanya dengan sokongan dan kepercayaan rakan rakan seperjuangan.

 Alhamdulillah G.S.M Group juga mendapat penambahan ahli baru.Mereka adalah antara rakan rakan seperjuangan saya dalam Industri Ansurans & Takaful.Berkhidmat lebih dari 10 tahun dan ke atas.Mereka juga adalah antara pembakar semangat saya untuk terus maju dan berdaya saing secara sihat.

 Pada masa yang sama,tahun ini SMP Group berjaya berusaha mengumpulkan rakan rakan sekolah lama yang saya kira sangat memberi nilai dan erti dalam hidup saya.Kenangan ini terlalu manis masakan waktu itu adalah masih lagi di bangku sekolah menengah.Sekarang,masing masing dengan keluarga bahagia dan ada yang dah berderet anaknya.Rezeki katanya.

  Saya sangat menghargai setiap detik dan masa yang saya lalui.Ini kerana,tidak mungkin dapat kita ulangi masa silam.Sesungguhnya tiada yang lebih bernilai selain dari nilai nilai murni sebuah persahabatan.Dalam agensi yang sedang saya bina ini juga,kami tetap menerapkan bantu membantu dan sentiasa belajar dari yang berjaya.’No Body Perfect Here’.Iftar 2014  Terima kasih kepada isteri tercinta yang sentiasa menyokong saya.Merupakan tulang belakang saya jatuh dan bangun,saya dalam membina kejayaan.Juga usaha  SP Group untuk berbuka puasa bersama dan En Mohd Azan Azahari mewakil SP Group.Semoga majlis ini berterusan dan terus maju jaya.

Salam Ramadhan

Hai assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Apa khabar rakan yang saya kasihi dan 2014 Ramadhanyang di senangi.Syukur alhamdulillah.Esok adalah hari pertama seluruh muslimin dan muslimah akan menjalani ibadah puasa.Saya kira tahun ini,masa berjalan begitu pantas sekali.Malah,setengah tahun 2014 juga akan melabuhkan tirainya.Pasti ada antara anda mungkin tidak sedar yang kita dah nak masuk Julai 2014.Ogos pula adalah hari kemenangan yang bakal di sambut selepas sebulan berpuasa dan di sertai Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 57.Cepat kan?

Kesempatan yang ada ini,saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.Inilah masanya untuk kita sama sama muhasabah diri untuk mangabdikan diri dengan ibadah ibadah solat dan zikir.Mudah mudahan doa kita di makbulkan dan dosa kita yang lalu di ampuni oleh Allah S.W.T.Dengan rasa rendah hati,saya zaremi othman memohon ampun dan maaf jika  ada salah dan silap  yang ada kalanya saya terlepas pandang.Baik dalam saya menulis artikel di dalam blog ini,facebook atau apa sahaja medium yang ada.Juga buat seluruh pelanggan yang saya kasihi,maafkan saya jika ada terlajak kata atau perbuatan yang menyinggung emosi dan perasaan semasa saya menjalankan tugas.Harapan saya  buat anda semua pembaca yang budiman,perbaiki diri serta amalan kita di dunia ini.Mudah mudahan kita mendapat rahmat dan berkat hidup di bawah kasih sayangnya.Amin.

 

Pengendali Takaful Terbaik Asia

Great Eastern Takaful Terbaik Asia 2013

Great Eastern Takaful Terbaik Asia 2013

Salam kasih sayang buat semua pembaca budiman.Apa khabar anda semua.Saya berharap anda di luar sana senang sentiasa dalam keadaan baik sejahtera.

Lama sangat dah saya tidak masukkan artikel dalam blog peribadi saya ini.Ada beberapa tugasan luar yang sedikit sibuk untuk saya lapangkan masa menghantar artikel baru.Antara tugasan yang sedang saya usahakan ialah menguruskan peperiksaan agen/wakil dalam agensi saya.Memang tahun ini,syarikat Great Eastern sedang hangat menjalankan program program keusahawanan dalam industri Ansurans & Takaful.

Selain menjual produk dan meyediakan perkhidamatan dalam pasaran,syarikat perlu melihat satu lagi sudut iaitu memperluaskan lagi rangkaian bagi mensasarkan seluruh warga malaysia khususnya memiliki pelan perlindungan dan simpanan mengikut keperluan masing masing.

Oh ya,berita baik ingin saya kongsikan di sini ialah,Great Eastern baru baru ini telah terpilih sebagai sebuah Pengendali Operator Takaful Terbaik Asia 2013.Saya amat teruja mengetahui berita baik ini,maskan tidak.Syarikat yang baru sahaja mendapat sijil takaful dari Bank Negara mendapat sokongan dan kepercayaan di pasaran Takaful.Ini membuktikan syarikat ini mampu berdaya saing dengan pengendali – pengendali takaful yand sedia ada di pasaran.

Usaha yang di tunjukkan oleh warga kerja Great Eastern harus di beri pujian dan mereka bekerja keras untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran mengikut kehendak dan keperluan masa kini.

Sekiranya ada antara anda yang mempunyai adik atau anak buah yang belum ada rancangan untuk bekerja atau menjalankan perniagaan.Saya jemput untuk datang melihat sendiri masa depan kerjaya sebagai Perunding Kewangan Takaful Keluarga.Bagi yang berminat,anda boleh hubungi saya di talian 012-619 5700 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dahulu Kerani

catsHai assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saudara dan saudari yang budiman.Minggu lalu,Agensi Supreme Power telah berjaya melahirkan seorang lagi Takaful Leader di bawah agensi Mohd Zulkiffli Mohd Nur.Apa yang menarik tentang beliau ialah ‘speed’.Pada tahun 2011,Berbekalkan Diploma Perniagaan dari Politeknik Seberang Prai beliau mendapat pekerjaan yang pertama sebagai kerani pejabat.2012,beliau berhenti dan bertukar pekerjaan sebagai Consultant di Bidang Hartanah.’Speed’ yang saya maksudkan ialah beliau bersedia berubah dan cepat bertindak untuk mengubah nasib dan masa hadapan beliau.2014,beliau datang ke pejabat kami dan ‘sign agreement’ untuk menjadi sebahagian daripada kami sebagai Perunding Takaful Profesional.Antara salah satu sebab utama menyertai kami ialah peluang untuk menawarkan skim perlindungan(insurans rumah) dalam pembelian rumah lebih menguntungkan berbanding  skim yang di tawarkan oleh pihak bank.

p/s:Berita baik bagi anda yang sedang mencari atau ingin menambah extra income.Bos agensi saya baru maklumkan,exam fee akan di tanggung sepenuhnya.Tawaran ini tamat sehingga hujung mac ini.Call saya sekarang 012-619 5700 atau lawat laman www.extraincome2014.com.

Best Takaful Award 2013

great-eastern-terbaikHai assalamualaikum dan salan sejahtera.Berita baik mengenai syarikat kami ialah 2013 yang lalu.Syarikat Great Eastern Takaful telah di anugerahkan salah satu syarikat operator terbaik (Best Takaful Operator Asia).

Ini adalah usaha sama dan kerja keras warga kerja syarikat,agen dan juga pelanggan yang memberi sokongan dan juga kepercayaan.

Kami sebagai agen/wakil juga turut berasa bangga apabila Syarikat Great Eastern Takaful bersungguh sungguh untuk menjadikan sebuah syarikat operator takaful terbaik Asia.Kami percaya,ini adalah hasil dari usaha keras dan komited kami kepada anda.Bagi anda yang ingin mencari/mendapatkan khidmad nasihat mengenai program simpanan di Great Eastern Takaful boleh hubungi saya di 012-619 5700.