Juara Tidak Pernah Mengalah

Juara Rekrut Takaful TeramaiSabtu lalu,zaremi baru sahaja balik dari Jemputan Raya Celebration 2016 di DoubleTree Hillton Hotel anjuran Great Eastern Takaful.

Jemputan ini adalah jemputan yang di pilih khas berdasarkan
akitivi Jualan Peribadi Konsisten Agent pada bulan Jun dan Julai.

Alhamdulillah ,ia hasil dari kerja keras dari pasukan agensi Supreme Power juga sokongan dan kepercayaan dari pelanggan zaremi Continue reading

Happy New Year 2016

shiny-blue-new-year-2016-card_1035-420Selamat Tahun Baru 2016.Pejam celik pejam celik dah penghujung 2015 rupanya.Alhamdulillah syukur,segala puji bagi Allah.Yang Maha memberi nikmat rezeki yang melimpah ruah.Segala urusan saya dalam menguruskan karier saya sebagai Perunding Takaful bagi 2015 berjalan dengan baik dan lancar.

Tahun 2015 ini juga saya berjaya membawa 3 Agent direct saya.Mereka ini adalah pelanggan saya yang sudah lama menyokong saya sepanjang kerjaya ini.Malah agensi kami,especially dalam unit Takaful berkembang dengan baik sekali.

Kelas Malam Part Timer

Untuk pengetahuan anda.Agensi kami mengadakan Kelas Malam khusus untuk Part Timer pada setiap hari Selasa(Malam Rabu).Dalam kelas malam ini.Anda akan belajar

  • Bagaimana Mengenal Prospek Anda
  • Bagaimana untuk memulakan Sessi Jualan(Approaching)
  • Bagaimana Buka Jualan(Open Sales)
  • Bagaimana Tindakan Susulan Selepas Buka Jualan(Follow Up Case)

Kesemua ini akan di kongsikan oleh Seniour dalam agensi kami.Malah,pada masa yang sama,anda akan belajar bagaimana rakan baru berkongsi pengalaman sebenar mereka menutup jualan(Closed Case).

Untuk tahun 2016 ini,ada pelbagai lagi program program baru untuk membantu Rakan Baru yang berminat untuk menjadi salah seorang Takaful Worrior kami.Untuk info lanjut mengenai Kelas Malam Part Timer boleh hubungi saya sendiri di talian 012-619 5700 atau klik PART TIMER untuk saya menghubungi anda.

 

 

Zaremi Othman
Rakan Takaful Keluarga Anda

Seratus Ringgit Untuk Perubatan Hospital

Paper The Sun Medical CardSelamat Hari Raya My Brothers And My Sister.Apa kabar anda semua.Saya doakan anda semua sihat dan sudah kembali bertugas dengan gembira

Alhamdulillah,Hari ini saya sama juga seperti anda.Pagi ini,saya ada beberapa ‘candidate’ yang kan datang ke pejabat kami di Sri Petaling.Sesi temuduga untuk untuk Sales,Marketing dan Entrepreneur sedang di jalankan.Mungkin anda boleh menghubungi Cik Su 03-9059 2298 tentang maklumat ini.

Apa ada dengan RM 100

2 Julai yang lalu,Great Eastern melancarkan satu lagi produk baru Continue reading

Pelan Skim Takaful Mana Yang Sangat Sangat Baik

Hai assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman.

Khamis lepas kita dikejutkan 2 insan yang pulang ke rahmatullah.Tuan Hasbullah Awang dan Tok Guru Nik Aziz.Sama sama kita doakan agar roh nya di tempatkan di sisi orang mukmin in sha allah.

Baik,artikel untuk minggu ini adalah Produk Takaful mana yang paling bagus?

Saya kongsikan artikel ini kerana Continue reading

Berani Berubah 2015

15 - 1Salam sejahtera buat pembaca yang budiman.Sudah agak lama saya tinggalkan blog peribadi saya untuk kongsikan berita dan status terkini.Ia,amat sibuk pada akhir akhir tahun ini.

Walaubagaimanapun,status saya di facebook tidak pernah kesepian.tuan dan puan boleh klik butang like untuk ikuti jadua aktiviti saya di luar.Semalam adalah hari pertama kami bersidang.Alhamdulillah,jadual kami berjalan mengikut jadual.Berita baik adalah agensi kami berkembang positif dari RM600,000 ke RM1,000,000 hasil jualan.Secara tidak langsung agensi yang sedang saya berada kini di bawah Top Great Eastern sebagai Million Agency.

Satu Keluarga Satu Perniagaan15 - 2

Misi tahun ini adalah saya juga rakan seperjuangan yang lain ingin membantu kepada kumpulan kecil sederhana untuk ‘Berani Berubah 2015’.Kita ingin bimbing mereka untuk biasa biasa ke luar biasa berani.

Usah harapkan bantuan wang tunai yang bakal di agihkan.Itu adalah bonus.Bagi pendapat peribadi saya,hadapi cabaran 2015 ini dengan penuh tenaga dan berani.Itulah sebab saya selalu mengajak anda mengubah fikiran untuk buat kecil kecil perniagaan.Setkan dalam minda “no more 1 income’.Kita perlu ada satu misi untuk naikkan ekonomi keluarga kita.Satu keluarga satu perniagaan

Zaremi Othman
Seniour Executive

FAN RUN MALAYSIA Sept 2014

FAN RUN 2014Minggu ni saya ingin kongsikan dengan anda ialah aktiviti hujung minggu saya yang cukup awesome.

Bilakah kali terakhir anda berlari?involved aktiviti bersukan atau riadah seperti ini?Sebenarnya,saya baru juga ikuti larian marathon 3 tahun yang lepas.Bukan lah sangat baik rekod yang saya buat cuma perasaan apabila kita dalam kumpulan ini sangat luar biasa.

Bangun seawal pagi,dan berlari sejauh 10km ini bukan satu kerja yang mudah.Dan saya percaya bagi sesetengah orang berpendapat lebih baik rehat di rumah dengan menghabiskan masa di hujung minggu menonton televisyen.Pendapat saya amat berbeza sekali kerana waktu untuk duduk duduk kosong terlalu singkat untuk di habiskan.Lebih baik penuhi aktiviti yang bermanfaat dan yang lebih meyeronokkan kerana hidup ini penuh dengan warna.

Pada masa yang sama juga,setidak tidaknya kita boleh mengumpul ‘madel’ yang di kutip sepanjang masa sihat kita sebagai kenang kenangan kelak.Manalah tahu entahkan esok atau lusa kita tidak mampu berdiri lagi.Ia sebagai motivasi kepada anak anak atau cucu cucu saya siapa bapa/atok beliau satu masa dahulu.Ya,mungkin nampak ‘funny’ tetapi inilah cara saya berfikir.Kita tinggalkan legasi dan anspirasi kepada keturunan kita.Apa salahnya kan..

Saya juga amat bersyukur dengan BMI saya masih dalam range yang tidak terlampau berdasarkan tinggi dan berat saya.Mudah mudahan allah sentiasa memberikan saya kuasa tenaga untuk terus sihat dan hidup penuh dengan gembira.Perhatikan pada keratan akbar yang saya lampirkan.Statistik yang menunjukkan kadar obesiti di kalangan Rakyat Malaysia amat membimbangkan.44% adalah lelaki dan 49% pula adalah golongan wanita.Anda sendiri tahu yang penyakit sangat mudah sampai dan melekat apabila berat badan yang tidak cukup ideal.Hubungi saya jika salah seorang daripada anda yang inginkan Plan Perubatan Hospital.Manalah tahu,malang tidak berbau.

Next larian saya ialah di MATRADE.Mungkin belum terlambat untuk anda daftar bersama sama saya.Rasai sendiri tenaga dan kuasa apabila anda berlari.Cakap senang der,buat tengok.Klik sekarang untuk daftar http://greateasternlivegreatrun.com/

Fokus dan Rajin adalah rahsia berjaya

20Saya selalu ingatkan diri saya untuk sentiasa belajar tidak kira walaupun anda dah pun pernah mengetahui perkara tersebut.Prinsip yang di tunjukkan oleh guru saya iaitu jangan sombong telah melekat dalam jiwa saya.Ada satu pepatah yang pernah saya dengar.

“Jika kita ada harta,kita perlu menjaganya,
sebaliknya jika kita ada ilmu.Insha allah ilmu menjaga kita”

Hanim adalah salah seorang Takaful Leader yang pertama menyertai kami di Supreme Power Agency,sebelum berpindah ke pejabat baru di Sri Petraling.Beliau adalah di bawah unit Tuan Mohd Zulkiffli Mohd Nor yang juga antara sahabat baik saya dalam sama sama mengembangkan perniagaan industri takaful.Apa yang menarik ingin saya kongsikan dengan anda ialah sikap beliau yang fokus serta rajin bertanya.Baru sahaja meyertai tim kami pada hujung tahun 2013.

Jangan lupa temujanji kita pada sabtu ini di Dewan Besar Great Eastern Level 6.Lihat sendiri dan dengar bagaimana mereka bermula.Tiada rahsia  atau jalan pendek “shortcut” untuk berjaya.Fokus dan rajin adalah rahsia kaya dan berjaya.

Zaremi Othman
Seniour Great Eastern
012-619 5700

Nahas MH17

MH1717 Julai lalu,kita di kejutkan dengan satu inseden besar.Ia melibatkan sebuah pesawat Malaysia MH17 yang baru sahaja berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Amat mengejutkan saya dan seluruh warga Malaysia kerana kejadian insiden pesawat MAS sekali lagi berlaku selepas kejadian kehilangan MH 370.Insiden ini lebih menyayat hati kerana menjadi mangsa serangan 2 negara besar antara Ukrain dan Rusia.

Jumlah penumpang yang di kenal pasti terkorban adalah seramai 283 dan 30 daripada penumpang adalah warganegara Malaysia.Ini di tambah lagi dengan 15 kru dari kakitangan MAS.

Sedih melihat berita ensiden ini apabila melihat ahli keluarga mereka tidak menyangka ia berlaku pada ketika umat islam sedang menjalani ibadat puasa.Bahkan kedatang mereka adalah untuk berjumpa ahli keluarga melepaskan rindu dan serta merancang untuk meraikan hari raya aidilfitri yang bakal tiba.

Kotak HitamSemoga keluarga waris terus tabah dan cekal dengan ujian yang sangat hebat ini.Oya,hari ini berita mengenai kotak hitam telah pun dijumpai dan bakal bawa pulang ke Malaysia tidak lama lagi.Saya doakan juga semoga urusan bawa pulang jenazah serta kru kru yang terlibat dalam operasi Nahas MH 17 selamat kembali ke tanah air.

Ingatan untuk saya serta semua pembaca yang budiman.Sayangi keluarga anda seperti mana anda menyanyangi diri sendiri.Semoga kita memperolehi rahmat dan kebaikan dari dia yang maha kuasa.

Salam Ramadhan

Hai assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Apa khabar rakan yang saya kasihi dan 2014 Ramadhanyang di senangi.Syukur alhamdulillah.Esok adalah hari pertama seluruh muslimin dan muslimah akan menjalani ibadah puasa.Saya kira tahun ini,masa berjalan begitu pantas sekali.Malah,setengah tahun 2014 juga akan melabuhkan tirainya.Pasti ada antara anda mungkin tidak sedar yang kita dah nak masuk Julai 2014.Ogos pula adalah hari kemenangan yang bakal di sambut selepas sebulan berpuasa dan di sertai Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 57.Cepat kan?

Kesempatan yang ada ini,saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.Inilah masanya untuk kita sama sama muhasabah diri untuk mangabdikan diri dengan ibadah ibadah solat dan zikir.Mudah mudahan doa kita di makbulkan dan dosa kita yang lalu di ampuni oleh Allah S.W.T.Dengan rasa rendah hati,saya zaremi othman memohon ampun dan maaf jika  ada salah dan silap  yang ada kalanya saya terlepas pandang.Baik dalam saya menulis artikel di dalam blog ini,facebook atau apa sahaja medium yang ada.Juga buat seluruh pelanggan yang saya kasihi,maafkan saya jika ada terlajak kata atau perbuatan yang menyinggung emosi dan perasaan semasa saya menjalankan tugas.Harapan saya  buat anda semua pembaca yang budiman,perbaiki diri serta amalan kita di dunia ini.Mudah mudahan kita mendapat rahmat dan berkat hidup di bawah kasih sayangnya.Amin.

 

Jun 2014

TBOSS 14 june 2014Hai assalamualaikum pembaca yang budiman.Salam sejahtera dan apa khabar tuan dan cik puan yang dikasihi.

Bagaimana aktiviti cuti sekolah sessi Jun 2014 ini?Menyeronokkan atau membosankan?Ada segelintir  rakan pelanggan saya menarik lafas lega kerana tidak perlu keluar awal ke pejabat kerana selalunya trafik waktu pagi lebih baik dan lancar,Mm,itu bagi mereka  yang duduk atau bekerja dikawasan bandar.Khususnya Kuala Lumpur.

Baik,Sabtu ini jika tidak terlewat untuk saya maklumkan kepada pembaca budiman iaitu Great Eastern sekali lagi menganjurkan Peluang Kerjaya di Great Eastern Takaful.Saya selalu dengar kisah kejayaan Noriza Muhammad Yusuf.Bukan sahaja seorang yang rajin dan bagus dalam Personal Sales,malah dalam bidang ‘rekruting’ juga beliau tidak kurang hebatnya.Speaker jemputan ke-2 ini,saya belum pernah dengar kisah beliau dan in sha allah saya dan tim saya akan ke sana mendengar dan mendapatkan tip serta anspirasi kejayaan bagaimana mereka bermula.Jika ada antara anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut kerjaya ini,boleh terus hubungi saya di talian 012-619 5700.Yang best ialah program ini bermula jam 1.30 tengah hari,pihak pengurusan juga ada sediakan jamuan ringan pada tengah hari tersebut.amacam?Bagi mereka yang bekerja separuh hari pada hari sabtu ini,terus datang ke Head Quarters kami di jalan ampang.Kita jumpa sana iya!