Sehati Sejiwa

image

Selamat Hari Merdeka Buat Malaysiaku

Saya bersyukur hari ini,saya masih lagi dapat berada di tahun 2015 dengan penuh tenaga.Alhamdulillah,saya isteri dan anak
sempat turun ke dataran merdeka untuk memeriahakan sambutan jari kemerdekaan yang ke 58.Di temani juga ibu tercinta saya.Kala ini umur beliau 61,tahun.

Perubahan

Tahun demi tahun,kita pasti akan melalui tarikh keramat ini.31 ogos itu sudah menjadi sejarah bagi negara Malaysia.Lantas saya bertanya dalam diri saya.Apakah perubahan yang berlaku dalam hidup saya?Apakah mutu kehidupan saya bertambah baik?Pendapatan saya meningkat?atau langsung tidak berubah.

Hutang semakin bertambah.Keluarga jadi tidak terurus dan di tambah lagi di berhentikan kerja(jobless).

Berani Bangkit

Saya selalu meletakkan diri saya sentiasa belajar benda yang baru.Ikut resmi pada ‘semakin berisi semakin tunduk’.Untuk apa perlu saya bermegah megah kerana apa yang kita miliki hari ini adalah bersifat sementara.Tiada satu yang kekal melainkan amalan kita dengan si pencipta.

Jangan di tanya apa negara boleh bagi kepada kita.Sebaliknya,tanyalah diri sendiri apa yang kita boleh sumbangkan kepada negara kita.

Saya memang di lahirkan dari keluarga yang susah.Bapa saya menyertai anggota polis pada tahun 1981.Masa itu gaji polis sangat kecil.Sehinggakan ibu saya perlu bantu buat tambah tambah untuk menyara kami sekeluarga.Bukan saya tidak percaya kepada negara.Adalah lebih baik,saya usahakan sendiri dari saya hendak mengharapkan bantuan.Saya sudah biasa hidup susah,jadi apa.sahaja rintangan dan halangan.Saya lalui dengan iringan doa,usaha dan tawakal.

Saya Zaremi Othman,ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 58.Semoga allah pelihara kita semua.Moga kehidupan kita dan keluarga bertambah baik,lebih nilai lebih di hargai.

Sehati sejiwa

This entry was posted in Berita Umum and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply