Saya Seorang Bekas Technician

Artikel kali ini izinkan zaremi kogsikan dengan anda ialah apakah pekerjaan pertama saya. Selepas sahaja habis Sijil Pelajaran Penuh Vokasional( SPMV). Zaremi pernah kerja di 7-11 selamat 6 bulan. Masa itu kerja fikir nak cari pengalaman. Sebenarnya bukan sahaja 7-11 pernah zaremi bekerja, pernah juga jadi penghantar barang spare – part sebagai despatch. Kerja di kedai buku sebagai staff dan akhir sekali pernah juga jadi cook di sebuah restoran Fast Food.

Sepanjang panjang pengalaman bekerja dengan sektor fast food, retail dan spare part. Zaremi sangat seronok kerana zaremi dapat menimba pengalaman dalam usia yang muda. Zaremi faham berapa penat dan getirnya mereka yang sekarang bekerja di level ini. Penat dengan income nya yang tidak seberapa sangat. Setuju?

Ilmu Penting untuk Masa Depan

Semua pekerjaan yang zaremi sebutkan tadi adalah pekerjaan yang zaremi lakukan semasa cuti semester. Makna nya, pekerjaan ini adalah pekerjaan sementara untuk 3 bulan atau 6 bulan. Ada juga pekerjaan yang zaremi lakukan hanya pada hujung minggu setiap sabtu dan ahad. Kenapa zaremi cari duit? adalah kerana ingin menampung kos pelajaran zaremi semasa belajar dahulu. Ilmu penting untuk masa depan. Kan?

Dan apabila tamat sahaja  Diploma Elektronik Komunikasi. Pekerjaan pertama zaremi ialah seorang Tecnician. Iaitu membuat kerja kerja elektronik dan pemasangan barang seperti AV System, Safety Security System, yang melibatkan kebanyakan projek Low Voltage sistem.

Pengalaman Mendewasakan Kita

Hidup adalah perjalanan, ia bukan destinasi. Pernah dengar? Kalau dalam bahasa ong puteh nya ialah Life is Journey Not a Destination. Zaremi bekerja sebagai Tecnician berbekalkan Diploma untuk menampung hidup di Kuala Lumpur. Masa itu, ada juga rakan rakan yang menyambung pelajaran mereka ke Ijazah. Tetapi, zaremi memilih untuk bekerja memandangkan kemampuan yang tidak dapat mengizinkan zaremi untuk belajar lagi ke peringkat lebih tinggi.

4 tahun melibatkan diri dalam dunia teknikal engineering mendesak zaremi untuk cepat cepat memilih kerjaya apa yang zaremi ingin pilih untuk masa depan zaremi nanti. Kerja sebagai juruteknik bukan tidak menyeronokkan tetapi pelbagai persoalan tiba tiba datang dalam fikiran zaremi. Antaranya ialah

1. Sampai bila nak jadi Tecnician
2. Cukupkah gaji Tecnician untuk nak berkeluarga 
3. Apa cita – cita aku
4. Adakah sampai sini kehidupan nya
5. Ada jalan lain untuk berubah

Sebenarnya banyak lagi waktu itu bermain dalam fikiran zaremi selama 4 tahun sebagai Tecnician. Ada pernah sekali zaremi tengok bagaimana seorang seniour zaremi di hubungi oleh isterinya. Bila nak balik dari outstation? Ketika itu, umur zaremi baru sahaja sekita 24 tahun. Masih muda dan masih mentah lagi dalam dunia pekerjaan.

Zaremi kongsikan gambar gambar lama yang menimbau kenangan kenangan lama zaremi semasa bekerja dahulu.

pernah bekerja sebagai 7-11Kenangan di 7-11 bersama mesin Slurpee

kenangan bengkelGambar kenangan di salah satu bengkel semasa praktical

bengkel kami Susasana di dalam bengkel elekronik

Baik itu sahaja artikel minggu ini yang menarik untuk zaremi kongsikan dengan anda. Berita baik untuk anda Insyallah, pada hari khamis ini bersamaan 15 Julai 2021. Syarikat tempat zaremi bekerja sekarang akan mengadakan sessi kerjaya khas untuk anda yang mungkin ingin mencari peluang kerjaya atau peluang menambah pendapatan. Anda tidak perlu risau tentang bayaran, semuanya PERCUMA. Anda perlu mendaftarkan diri anda dan pihak kami akan menyediakan saluran dalam talian untuk anda tonton secara live info tentang kerjaya yang di tawarkan. Anda sudah bersedia? Jom klik sekarang.

Sekian saja untuk kali ini. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, anda boleh klik butang di bawah untuk share informasi ini kepada rakan anda yang lain @ tinggalkan cadangan di bawah apa yang anda belajar dari artikel ini.

No Comments on Saya Seorang Bekas Technician

Leave A Comment

Artikel Lain Yang Menarik

Greatworks Success Resources

No 6 – 3 & 8 – 3, Jalan Radin Anum, Langsari Business Centre,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.

Copyright © 2025 | zaremiothman.com | Web Design By: ZO