Muat Turun Penyata Tahunan Takaful di i-Get In Touch

Jumaat lalu, YAB Muhyiddin Yassin telah memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan akan di lanjutkan lagi untuk 14 hari. Iaitu 2 minggu lagi kita akan ‘stay at home’

Dan untuk makluman anda juga, ‘tax submission’ bagi tahun 2019 juga telah di lanjutkan 2 bulan yakni sehingga 30 Jun 2020. Jadi pastikan anda jangan terlupa dan tolong elakkan ‘last minute submission’

Portal khas pelanggan Great Eastern Takaful

Seperti artikel artikel yang sebelum ini, zaremi ada kongsikan cara daftar online takaful. Bole klik INFO bagi mendapatkan maklumat tersebut. Zaremi percaya masih ramai lagi yang belum membuat ‘submission tax’ 2019 kerana sibuk urusan di rumah. Rupanya di rumah lebih sibuk di bandingkan kerja di pejabat.

Anyway, zaremi hanya ingin memperingatkan kepada semua pelanggan – pelanggan zaremi. Buat lah awal sebelum terlupa. Ambil sejam ke 2 jam untuk duduk dan buka laptop sekejap. Sebaik – baiknya di awal pagi jam 8.30am. Waktu anak – anak belum bangun, kita siapkan sekejap ‘submission tax 2019’ kita. Sekurang kurangnya, kita tidak tergopoh gopoh untuk meletakkan nilai perbelanjaan kita sepanjang 2019.

Tips ke dua ialah, maklumkan kepada pasangan anda. Saya perlukan bantuan untuk siapkan laporan ‘submission tax 2019’. Jika tidak nanti, ada penalti yang bakal di kenakan bagi ‘submission’ yang lewat. Kalau anda kurang mahir, lantik lah isteri anda sebagai menteri kewangan anda. Nah, sekarang masing masing akan lebih faham perbelanjaan yang mana kita telah habiskan sepanjang 2019.

Iya, bagi pelanggan – pelanggan Great Eastern Takaful. Klik link i-Get In Touch dan manakala E-Connect adalah bagi pelanggan pelanggan Great Eastern Life. Best ke Best?

Bantuan Prihatin Kumpulan M40 & B40

Kalau tak silap zaremi, hari ini RM 1000 akan di masukkan ke akaun bank bagi Bantuan Prihatin Kumpulan M40. Manakala B40, mereka telah pun mendapat seminggu lebih awal sebanyak RM 1500 one off. Jadi, zaremi sekali lagi memperingatkan anda yang mungkin pendapatan atau perniagaan sedikit terkesan akibat MCO ini. Masanya untuk bijak menggunakan ang bantuan prihatin rakyat. Bahkan KWSP juga boleh di keluarkan sama sebanyak RM 500 selama 12 bulan juga adalah usaha kerajaan untuk memastikan rakyat boleh menruskan kehidupan dan kelangsungan hidup anda MCO atau Perintaj Kawalan Pergerakan masih belum selesai.

Akhir kata, sila duduk di rumah. Pastikan kita sama sama tangani untuk memberhentikan rangkaian covid – 19 ini dengan kadar segera. Saya juga tidak sabar nak mula bekerja dan jumpa dengan pelanggan – pelanggan saya.

Anda Berminat Untuk Sertai Pasukan Kami sebagai Perunding Takaful di tempat anda?

Jangan risau, kami sedia membantu anda untuk menyediakan sessi coaching dan latihan secara PERCUMA.

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut.

ZaremiOthman
Unit Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
https://wa.me/60126195700

Leave a Reply