Mengenai Saya
Saya adalah seorang Agency Manager yang berdaftar di bawah syarikat Great Eastern Takaful Bhd. Kerjaya saya sebagai Ejen Insurans bermula pada tahun 2004 bersama Great Eastern Life (M) Bhd. Pada tahun 2010 saya beralih kepada syarikat Great Eastern Takaful Bhd. Dan pada tahun 2019, saya telah terpilih antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 15 Tahun dalam industri.
Kepakaran saya adalah memberikan perkhidmatan khidmat nasihat dalam penyediaan Pelan Takaful Ideal mengikut keperluan anda. Pelan yang di maksudkan seperti Pelan Takaful Perubatan, Pelan Takaful Hibah, Pelan Takaful Penyakit Kronik dan Pelan Takaful Simpanan.
Latar Belakang Saya
Latar Belakang Saya
Saya di lahirkan di Perak dan dibesarkan di Kuala Lumpur, saya merupakan anak sulung dari 4 orang adik-beradik. Di besarkan dalam keluarga sederhana. Bapa saya adalah seorang anggota polis badan beruniform manakala ibu saya pula hanyalah sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Say mendapat pembelajaran rasmi di sekolah rendah dan menengah di Kuala Lumpur, pada awal 1995 saya telah mendapat tawaran ke sekolah menengah aliran vokaysional seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Diploma Elektronik Komunikasi di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam pada tahun 2001.
Pekerjaan Pertama Saya
Pekerjaan pertama saya adalah seorang Juruteknik di sebuah syarikat swasta. Antara beberapa projek yang pernah saya terlibat adalah seperti :-
1) Projek Hospital Ampang, KL
2) Projek Hospital Serdang, Selangor
3) Hospital Kuala Terengganu, Terenganu
4) Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu
5) Kolej Matrikulasi Kubang Pasu, Kedah
6) Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
Antaranya kerja kerja kejuruteraan adalah membuat pemasangan, pengujian dan baik pulih system seperti :-
1) Nurse Call System Rauland Brand
2) Multimedia Audio Video System
3) Public Address Sounds System
4) Fireman Intercom System
5) Closed Circuit System
6) Master Antenna System
7) Card Access System
8) Radio Communication System
Saya juga pernah berkhidmat sebagai Pembantu Jurutera di Jabatan Polis Di- Raja Malaysia (PDRM) selama 2 tahun. Mendapat penghargaan menjayakan majlis – majlis rasmi kerajaan seperti Sidang Kemuncak ASEAN Ke 11, 2005, Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara Negara Berkecuali (NAM) Mengenai Pembangunan Wanita, 2005 dan pelbagai lagi dalam kerja – kerja teknikal.
Kenali saya dengan lebih dekat
Kejayaan
Sekilas pandang rekod kejayaan yang telah saya buat dari awal sehingga kini.
Tuntutan 'claims'
Rekod tuntutan 'claims' pelanggan yang pernah saya uruskan mengikut tahun.
Agensi Takaful
Keluarga dalam industri yang menjadi anspirasi saya untuk terus berjuang dan melahirkan lebih ramai pejuang baru.
Takaful Operator
Latar belakang takaful operator Great Eastern Takaful dan anugerah kejayaan yang di perolehi.
Kejayaan
Sekilas pandang rekod kejayaan yang telah saya buat dari awal sehingga kini.
Tuntutan 'claims'
Rekod tuntutan 'claims' pelanggan yang pernah saya uruskan mengikut tahun.
Agensi Takaful
Keluarga dalam industri yang menjadi anspirasi saya untuk terus berjuang dan melahirkan lebih ramai pejuang baru.
Takaful Operator
Latar belakang takaful operator Great Eastern Takaful dan anugerah kejayaan yang di perolehi.