Cintaku Kasihku

image

Hari ini adalah merupakan hari ulangtahun kami selama 6 tahun kami berumahtangga.
Syukur alhamdulillah,terlalu banyak perkara baru yang kami sama sama belajar mengenal diri masing masing.
Banyak memori suka duka yang telah kami lalui.Terima kasih allah yang memberikan akan daku teman hidup untuk sama sama berjuang mencari keredhaan mu.
Bahkan seorang cahaya mata pengubat rindu dan letih balik dari tugas.

Pahit Itu Indah
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri.Saya tidak nafikan banyak perkara seperti ini berlaku.Namun tolak ansur itu penting bagi menjaga keharmonian dan kesempurnaan dalam rumah tangga.

Menjanjikan Langit dan Matahari
Tiada siapa mana mana pasangan inginkan hidup dalam rumahtangga penuh duka dan lara.Kalau boleh si isteri inginkan kebahagiaan seperti mana pasangan lain dapat.Namun siapa sang suami untuk janjikan bulan dan matahari.Ada kalanya,drama drama setiap sabtu malam ada kala nya jadi kisah bandingan kita dengan mereka.
Sungguhpun demikian,saya percaya pada usaha yang berterusan,tidak putus asa juga doa dari ibu bapa adalah pelengkap hidup kita sebagai suami isteri.Bahagia bukannya wang ringgit atau percutian mewah.Bahagia adalah kuasa kasih dan cinta.Hanya kuasa cinta sahaja yang mampu untuk menjawab segalanya.
Saya sangat bertuah ada isteri yang cantik,baru sahaja berhenti kerja dan memilih berniaga sebagai kerjaya.Juga seorang cahaya mata yang binak,lincah dan penghibur kami dengan sesekali gelagat nakalnya.
Biarlah apa yang di luar sana berlaku.Aku dengan keluargaku,cintaku,kasihku.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply