FAN RUN MALAYSIA Sept 2014

FAN RUN 2014Minggu ni saya ingin kongsikan dengan anda ialah aktiviti hujung minggu saya yang cukup awesome.

Bilakah kali terakhir anda berlari?involved aktiviti bersukan atau riadah seperti ini?Sebenarnya,saya baru juga ikuti larian marathon 3 tahun yang lepas.Bukan lah sangat baik rekod yang saya buat cuma perasaan apabila kita dalam kumpulan ini sangat luar biasa.

Bangun seawal pagi,dan berlari sejauh 10km ini bukan satu kerja yang mudah.Dan saya percaya bagi sesetengah orang berpendapat lebih baik rehat di rumah dengan menghabiskan masa di hujung minggu menonton televisyen.Pendapat saya amat berbeza sekali kerana waktu untuk duduk duduk kosong terlalu singkat untuk di habiskan.Lebih baik penuhi aktiviti yang bermanfaat dan yang lebih meyeronokkan kerana hidup ini penuh dengan warna.

Pada masa yang sama juga,setidak tidaknya kita boleh mengumpul ‘madel’ yang di kutip sepanjang masa sihat kita sebagai kenang kenangan kelak.Manalah tahu entahkan esok atau lusa kita tidak mampu berdiri lagi.Ia sebagai motivasi kepada anak anak atau cucu cucu saya siapa bapa/atok beliau satu masa dahulu.Ya,mungkin nampak ‘funny’ tetapi inilah cara saya berfikir.Kita tinggalkan legasi dan anspirasi kepada keturunan kita.Apa salahnya kan..

Saya juga amat bersyukur dengan BMI saya masih dalam range yang tidak terlampau berdasarkan tinggi dan berat saya.Mudah mudahan allah sentiasa memberikan saya kuasa tenaga untuk terus sihat dan hidup penuh dengan gembira.Perhatikan pada keratan akbar yang saya lampirkan.Statistik yang menunjukkan kadar obesiti di kalangan Rakyat Malaysia amat membimbangkan.44% adalah lelaki dan 49% pula adalah golongan wanita.Anda sendiri tahu yang penyakit sangat mudah sampai dan melekat apabila berat badan yang tidak cukup ideal.Hubungi saya jika salah seorang daripada anda yang inginkan Plan Perubatan Hospital.Manalah tahu,malang tidak berbau.

Next larian saya ialah di MATRADE.Mungkin belum terlambat untuk anda daftar bersama sama saya.Rasai sendiri tenaga dan kuasa apabila anda berlari.Cakap senang der,buat tengok.Klik sekarang untuk daftar http://greateasternlivegreatrun.com/

LIVE GREAT RUN 2013

15 September 2013 yang lepas,adalah hari yang sangat mengujakan saya.Ini kali yang ke 4 saya mengikuti LIVE GREAT RUN yang di anjurkan oleh Great Eastern life Assurance Company.

Jam 0700 adalah waktu acara bermula.Jadi bayangkan 0500 perlu ada di sana untuk mengelakkan jalan tutup dan mendapatkan parking yang dekat.

Memang tak dapat di nafikan.Ini kumpulan yang pertama lari tinggalkan kami di belakang.Mereka dari KENYA.

Dan ini kami.Ahaha.berduyun duyun kami datang nak kejar.

Macam ini pun ada?Sepanjang 12km ini,ada 2 bentuk halangan yang memang sengaja di letakkan.Simboliknya adalah ‘kehidupan perlu di teruskan walau halanga yang mendatang’.

Fokus adalah satu perkara yang sangat penting untuk berjaya.Pada masa ini tinggal lagi 2km untuk di habiskan.Pada masa ini hanya fikir untuk habiskan MARATHON ini.

‘NO PAIN NO GAIN’.Syukur alhamdulillah,Itulah sebaik baik perkataan yang dapat saya ucapkan.

1 Jam 59 minit 58 saat.

‘Tahniah zaremi’

‘u are wesome!’

Buat Sampai Habis

Salah satu perkara penting dalam memastikan sesuatu pekerjaan/usaha untuk sampai ialah ‘Buat Sampai Habis’.kenapa saya cakap begini adalah ramai yang saya jumpa(kadang kadang diri sendiri juga)gagal menyiapkan satu satu TASKING atau PROJECT yang dirancang.

Mereka semangat baik ‘Hangat Hangat Tahi Ayam’ dan selepas itu sepi dan langsung tiada RESULT yang di hasilkan.Memang dalam usaha untuk meniyapkan satu TASKING/PROJECT.Pasti akan ada halangan/cabaran yang menganggu atau melambatkan untuk sampai.Tak kira dalam urusan keluarga/anak/peribadi dan perniagaan.

Apa yang paling penting ialah Rangkakan rancangan yang hendak dilaksanakan.Pecahkan dalam bentuk kecil.Contoh stage 1,stage 2.

Monitor dan siapkan due date bila akan siap?

Terakhir ialah siapa/bagaimana untuk selesaikan jika ada halangan yang berlaku.(Tempat rujukan)