Cara Kenali Agent Takaful Anda Berdaftar Sah Atau Sebaliknya

 

Malaysia Takaful AssociationArtikel minggu ini zaremi ingin kogsikan dengan anda mengenai Malaysia Takaful Association. Iaitu badan yang menguruskan pendaftaran  semua agent agent Takaful yang sah di dalam Malaysia. Ini penting untuk anda sebagai pengguna atau bakal pelanggan kenali siapakah orang yang anda sedang berurusan supaya tidak tersalah orang atau ‘agent fake’ yang tidak berdaftar.

Agent Takaful Yang Berdaftar Sah

Kebiasaan pelanggan akan menerima kad perniagaan atau kita panggil ‘business card’ dari Agent Takaful. Kalau kita lihat ‘business card’ tersebut biasanya akan tertulis nama dan no telefon Agent Takaful tersebut. Juga akan tertera alamat pejabat serta servis/produk yang di tawarkan. Proses ini kebiasaannya berlaku pada temujanji pertama sebagai kad pengenalan diri untuk menyampaikan Agent Takaful tersebut dari syarikat mana, beroperasi di mana serta produk/perkhidmatan yang di sediakan. Tapi jarang jarang kita semak atau tanya adakah beliau seorang Agent Takaful yang berdaftar sah atau sebaliknya kita sendiri pun tidak tahu.

Kita hanya akan tahu selepas proses persetujuan urusniaga atau produk yang di tawarkan menarik minat dan perhatian kita. Apabila selesai transaksi proses urusniaga, baru kita tahu Agent Takaful yang kita baju sahaja jumpa adalah Agent takaful tidak sah dan sedang di buru polis kerana menipu dan mencuri wang pelanggan.Biasa dengar bukan?

2 Cara Mudah Untuk Semak Agent Takaful Berdaftar Sah.

Cara 1 Melalui Offline – Ini paling mudah untuk anda lakuakan sebagai langkah berjaga – jaga. Iaitu selain dari menerima business card dari Agent Takaful tersebut. Anda juga boleh meminta Agent Takaful tersebut menunjukkan Kad Ahli yang di keluarkan oleh Malaysia Takaful Association. Pada kad tersebut sebenarnya ada menunjukkan Syarikat Takaful yang Agent Takaful itu wakili serta nombor pendaftaran yang telah di daftarkan sebagai Agent Takaful yang sah dengan Malaysia Takaful Association. Tarikh daftar dan juga Tarikh luput juga di sediakan pada kad tersebut. (lihat lampiran di bawah)Agent Takaful Berdaftar Sah

Cara 2 Melalui Online – Cara ke dua ini agak sukar walaupun sepatutnya lebih mudah untuk mengenalpasti Agent Takaful tersebut sah atau sebaliknya. Ada 2 maklumat penting untuk anda tahu sebelum anda boleh key in data pada ruangan Semak Agent Takaful Berdaftar. Iaitu anda mesti mempunyai Nombor Kad Pengenalan Agent tersebut atau No Pendaftaran MTA bagi mendapatkan status terkini Agent Takaful anda tersebut adalah Agent Takaful Sah yang berdaftar atau sebaliknya. Namun kedua dua no yang saya sebutkan tadi agak sukar untuk Agent Takaful tersebut berikan secara terbuka kerana di bimbangi berlaku salah laku maklumat peribadi yang tidak di jangkakan.

Saya harap perkongsian artikel saya kali ini dapat membantu sedikit sebanyak bagaimana mengenal pasti Agent Takaful Yang Sah Berdaftar. Selain dari 2 perkara yang saya sebutkan tadi ,ada banyak cara juga boleh anda lihat contohnya aktiviti beliau dalam agensi atau syarikat takaful tersebut.’Performance’  atau News yang di kongsikan dalam media facebook juga kita boleh lihat adakah Agent Takaful ini Agent Berdaftar atau sebaliknya.

Cuma ,cara yang saya kongsikan tadi lebih efektif dan lebih selamat (secure) untuk mengelakkan kita sebagai pelanggan di tipu atau di aniaya oleh Agent Takaful yang tidak sah.

Leave a Reply