Selamat Kembali Bertugas

Selamat kembali bertugas seluruh warga Malaysia .Bertuah sungguh negara kita berjaya memperolehi kemenangan besar bagi sukan sea 2017 .Jumlah emas berjaya di kumpulkan sebanyak 145 .Tahniah sekali lagi untuk semua atlit Malaysia yang berusaha keras untuk bangkit bersama meraih kejayaan .Kejayaan besar kita menang dengan jumlah pingat keseluruhan 323 sungguh mengujakan ,lantaran atas pengumuman Dato Sri Najib mengumumkan Isnin sebagai cuti peristiwa .Terbaik..!

Usaha Tangga Kejayaan.

Saya yakin kita semua masih ingat lagi ayat keramat ini .Ia selalu bermain di bibir cikgu yang kali terakhir kita dengar di sekolah menengah ,atau mungkin juga sekolah rendah .selepas kita masuk kolej / universiti corak pembelajaran sudah mula berubah secara total .Pihak kolej atau universiti meletakkan seluruh keputusan bagi garduan garduan muda sama ada untuk serius belajar atau sekadar suka – suka sahaja .Terpulang katanya.

Nah ,hari ini kita sudah kembali sibuk dengan tugasan asal kita .Kalau minggu lalu ,jalan raya lancar akibat cuti sekolah .Harini sudah mula kena bangun lebih awal dan keluar rumah lebih awal .Malah ada yang solat subuh di RnR dan ada juga di pejabat .

Tekanan Hidup Kita Berbeza – Beza

Setujukah kalau saya katakan kita mempunyai tanggungjawab yang sama tetapi tekanan hidup yang berbeza – beza .Iya ,contohnya jikalau kita adalah seorang anak ,tanggungjawabnya ialah memastikan kita memberikan harapan yang baik kepada ibu bapa kita .Tidak menyusahkan beliau atau setidak tidaknya kita menunjukkan kejayaan demi kejayaan di hadapan beliau semasa sekarang beliau masih ada.

Begitu juga sebagai seorang suami / isteri .Perlu memastikan rumahtangganya aman dan damai .Cukup makan dan tempat tinggal serta prihatin kepada pasangan masing masing .Malah jika kita sudah menjadi ibu bapa ,harus memastikan anak anak jagaan  kita di jaga baik dari segala aspek dari kesihatan dan keselamatannya.

Atas keperluan dan kehendaklah yang membezakan tekanan hidup kita selama ini .Sungguhpun tanggungjawab kita sama sebagai seorang anak ,pasangan atau ibu / bapa ,namun kita mempunyai citarasa kehidupan kita sendiri .Kita mahukan suami kita atau isteri kita begini ,rumah kita yang begini ,pekerjaan kita yang begini serta percutian kita juga pun mahukan yang begini begini.

Sakit Yang Tidak Di Jemput

Artikel saya kali ini adalah ingin membawa pembaca yang budiman mengenai kehidupan kita yang sementara .Minggu lalu ,pelanggan zaremi iaitu juga rakan sekolah telah pulang di jemput ilahi .Sampai hari ini ,terbayang bayang wajah beliau dan masih teringat ingat saat beliau awal awal beli pelan Takaful dengan zaremi .Kami pernah balik sekolah dengan  menaiki bas mini dari Setapak ke Central Market 20 tahun dahulu .

Malah kita berkongsi tarikh tunang dan tarikh kahwin yang sama .Saya sangat kenal arwah ini ,malah keluarganya termasuk mak dan ayah.Adik beradiknya juga closed dengan saya.Seperti mimpi ,apabila awal tahun lalu di sahkan ‘leukimia‘ dan sejak berita itu ,kehidupan beliau berubah secara total .Hilang keyakinan untuk hidup ,dan perlbagai persoalan demi persoalan timbul ‘kenapa aku’ yang engkau pilih .

Saya dan isteri sempat melawat beliau awal tahun lepas di Hospita Ampang dan syukur alhamdulillah ,tuntutan claims bagi 36 penyakit kritikal selamat di debitkan ke dalam akaun beliau.Selepas beberapa sessi rawatan kimoterapi ,ada banyak perubahan yang saya nampak pada wajah beliau .Namun allah lebih sayangkan kenalan saya ,pada 27 Ogos 2017 beliau melepaskan nafasnya yang terakhir .Alfatihah untuk kenalan saya Rumaizah Binti Mad Shahar ,semoga arwah tenang dan di tempatkan bersama kalangan orang – orang mukmin .

Medical Card Takaful Stand Alone Pertama Great Eastern Takaful

Berita baik untuk pembaca yang budiman ,Great Eastern Takaful baru sahaja melancarkan satu lagi produk baru yang di panggil i-Great MediMax .Satu satunya plan medical card yang mampu di miliki bagi seluruh warga Malaysia pada harga yang sangat berpatutan.

Saya sarankan kepada anda yang ingin mendapatkan pelan quotation tersebut ,sila tinggalkan butir diri anda supaya saya bole menyiapkan QUOTATION PERCUMA .Klik saya berminat dan tunggu QUOTATION PERCUMA dari saya .

ZaremiOthman

Advertisements
This entry was posted in Berita Umum and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s