Bil Hospital RM 500 Juta Di peruntukkan Untuk Tahun 2016

Salam Sejahtera dan salam kasih sayang dari zaremi untuk pembaca yang budiman .Apa kabar anda semua ?Zaremi doakan agar anda di limpahi kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah insayallah.

Artikel kali ini adalah artikel jumlah bayaran tuntutan claims keseluruhan bagi tahun 2016 yang lalu.

Dan jika tuan/puan melihat jumlah tersebut .Amat menakutkan kerana hampir mencecah 1 Billion setahun untuk pampasan seperti perubatan ,kematian ,penyakit kronik ,Hilang Upaya Kekal dan Tuntutan lain lain seperti tuntutan kemalangan dan sebagainya. Saya ingin bawa kepada anda pembaca yang budiman ke arah jumlah tuntutan bagi kos pembayaran perubatan di bawah health/medical .Perhatikan hampir RM 500 Juta di peruntukkan untuk kos rawatan perubatan .Mungkin juga anda boleh bayangkan bagaimana kerajaan kita menampung bagi kumpulan yang mendapat tajaan di bawah subsidi perbelanjaan hospital kerajaan.

Mengapa Kos Ini Meningkat Mahal

Banyak kali juga saya di tanyakan oleh prospek saya mengenai mengapa kos perubatan hospital meningkat mahal ?

Salah satu sebab meningkatnya kos perubatan adalah kadar inflasi. Inflasi akan menyebabkan semua barang menjadi mahal. Inflasi secara mudahnya bermaksud penurunan nilai mata wang sesebuah Negara itu. Jadi sekiranya nilai wang turun, kos sesuatu perkhidmatan akan meningkat.

Sebagai contohnya, harga 10 biji Panadol sepuluh tahun yang lalu dalam lingkungan RM 1.10 tetapi sekarang 10 biji Panadol yang sama dalam lingkungan RM 2.50. Ini satu peningkatan melebihi 100%.

2. Ubat-ubatan terbaru

Dalam dunia perubatan, banyak ubat-ubatan baru yang muncul. Kalau dulu tiada ubat bagi penyakit ‘mati pucuk’, sekarang ini sudah ada 4 jenis ubat untuk penyakit tersebut. Kalau dulu tiada vaksinasi untuk penyakit kanser serviks, sekarang wanita telah berpeluang untuk mendapat vaksinasi tersebut.

Untuk menemui ubat-ubatan baru, tentulah banyak penyelidikan yang perlu dilakukan. Syarikat-syarikat ubat-ubatan yang besar seperti Pfizer, GSK, Astra dan banyak lagi perlu melabur sejumlah wang yang banyak bagi penyelidikan, kajian terhadap haiwan dan akhirnya trial kepada manusia, sebelum boleh dipasarkan.

Ada antara ubat-ubatan yang diselidik itu akhirnya tidak sesuai kegunaannya kepada manusia. Ini akan membuatkan segala wang yang dilaburkan akan menjadi sia-sia. Semua kos-kos penyelidikan itu akan diserapkan kepada ubat-ubatan yang baru yang boleh dipasarkan. Jadi sebahagian besar dari harga ubat yang anda beli bukanlah kos pembuatannya, malah sebenarnya ia adalah kos penyelidikan, kajian dan trial yang dilakukan sebelum ubat itu dapat dipasarkan.

  1. Teknik perubatan terbaru

Teknik perubatan terbaru juga memerlukan banyak penyelidikan sebelum ianya boleh digunakan secara menyeluruh. Penyelidikan ini memerlukan kos kewangan yang tinggi. Jadi apabila ianya diguna-pakai maka kos penyelidikan tadi akan diserapkan kepada kos teknik tersebut.

Sebagai contohnya, pembedahan dengan menggunakan teknik laparoskopik kosnya lebih mahal daripada pembedahan biasa. Laparoskopik adalah teknik dimana pesakit tidak perlu dibedah dengan memotong bahagian luar kulit dengan besar. Hanya satu lubang kecil dibuat untuk memasukkan kamera. Dan satu atau dua lubang kecil lagi untuk memasukkan gunting kecil dan alat bedah yang lain. Kaedah ini akan kurang sakit selepas pembedahan jika dibandingkan dengan teknik pembedahan terbuka. Pesakit juga akan kembali sembuh dengan kadar yang cepat.

Jadi sekiranya pesakit ingin memilih kaedah ini, mereka perlulah menanggung kos yang lebih tinggi. Tambahan pula doktor bedah yang membuat pembedahan perlu latihan tambahan untuk membolehkan beliau menjalankan pembedahan seperti ini. Doktor bedah itu juga perlu mengambil masa yang lebih panjang untuk menjalankan pembedahan dengan cara ini.

  1. Kos penyelidikan yang tinggi.

Tahukah anda sebelum sesuatu ubat itu diluluskan untuk dipasarkan kepada orang ramai, ada badan tertentu yang mesti meluluskan ubat tersebut. Di Negara kita badan tersebut adalah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia biasanya akan merujuk dengan badan USFDA, sekiranya USFDA memberi kelulusan untuk digunakan, maka KKM akan mempertimbangkan untuk digunakan di Malaysia.

Sebelum USFDA memberi kelulusan, ubat tersebut mestilah telah diperakui keberkesanannya kepada manusia. Untuk membuat kajian ini syarikat-syarikat ubat terpaksa memberikan ubat tersebut kepada beribu-ribu orang secara percuma untuk jangka masa lebih kurang dua tahun. Ada pula yang terpaksa membayar kepada mereka yang bersetuju dijadikan bahan kajian. Bayangkan berapa banyak wang yang dibelanjakan sebelum sesuatu ubat itu mendapat kelulusan USFDA.

Tidak ada syarikat yang tidak inginkan keuntungan. Jadi apabila sesuatu ubat yang baru itu diluluskan untuk digunakan, maka syarikat tersebut mendapat hak tunggal untuk membuat dan memasarkan ubat tersebut selama sepuluh tahun. Tiada syarikat ubat-ubatan lain yang boleh meniru ubat tersebut. Jadi dalam masa sepuluh tahun syarikat tersebut dapat memonopoli pasaran ubat yang dikeluarkannya. Jadi walaupun ubat tersebut dijual dengan harga yang mahal, pesakit tiada pilihan.

Namun begitu, terdapat sebuah Negara iaitu India yang tidak bersetuju dengan prinsip hak tunggal ini. Jadi apa-apa ubat boleh ditiru dan dibuat semula di Negara tersebut. Maka terdapatlah ubat-ubatan dari India yang lebih kurang sama ubatnya tetapi harganya jauh lebih murah. Namun begitu ubat-ubatan ini selalunya belum dikaji selidik keberkesanannya.(credit dari blog saudara http://prurlife.blogspot.my/2010/03/kenapa-kos-prubatan-meningkat-ni.html)

Apa Jalan Penyelesaian Yang Saya Ada?

Bagi menangani masalah ini ,no 1 saya sarankan tukar kerja tempat baru anda sekarang .Cari syarikat syarikat corporat besar yang ada menyediakan benefit medical untuk menangung anda dalam keadaan kecemasan seperti ini .Ada sesetengah company besar  pernah saya dengar ,mereka tawarkan ‘unlimited claims’ yang mana claim lah berapa mahal kos bil hospital .Syarikat tempat kerja mereka akan biayai sepenuhnya .Manakala ada juga yang limitkan had tahunan bagi tuntutan claim berdasarkan jawatan kerja yang di sandang oleh seseorang itu di syarikat tersebut .

Saranan ke 2 saya ialah ambil Plan Perubatan Peribadi sebelum umur 35 .Ini kerana sebaik sahaja anda masuk ke umur 40 ,berdasarkan pengalaman saya buatkan quotation pelanggan saya .Bulanan bagi Plan Perubatan Hospital akan mula sedikit mahal berbanding jikalau beliau start pada usia yang lebih muda .Mengapa perlu bayar lebih jika anda boleh dapatkan harga bulanan yang rendah  dengan benefit perubatan yang sama .

Jika anda berminta untuk mengetahui berapa bulanan RM______  yang perlu anda  sediakan bagi umur anda sekarang .Klik butang di bawah dan saya akan emailkan Plan Quotation bersama benefit yang di sedian serta Simpanan Tunai Terkumpul jika anda start sekarang.Lebih awal menyimpan lebih tinggi pulangan yang di raikan.

Zaremi Othman
Rakan Takaful Keluarga Anda

Advertisements
This entry was posted in Berita Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s