2017 Yang Ohsem

Awal Januari 2017 lalu ,kita dapat hadiah dari kerajaan Malaysia.Harga minyak pertol Ron 95 naik RM 0.20.Tak sempat buat apa apa langsung terus di hadapkan dengan harga baru minyak petrol ini.Sudah jadi trend di Malaysia ,malam sebelum tahun baru pergi isi minyak.

Post saya yang terakhir adalah pada 21 November iaitu mengenai kenaikan harga bil bil doihospital kerajaan di jangka meningkat naik ke 50%.Kemudian saya tidak sempat langsung masukkan artikel pada bulan Disember 2016,tup tup dah nak abis Januari 2017.Sungguh pantas sekali masa berlalu.

Saya agak sedikit sibuk pada setiap hujung tahun.Selain menyelesaikan baki jualan peribadi saya ,saya bantu agent agent saya yang belum sampai/capai target mereka.Alhamdulillah ,ada 2 orang agent Part Time kami di anugerahkan Star Award 2016.

Lepas 3 Minggu 2017

Zaremi betul betul tidak perasan rupanya minggu ini adalah minggu terakhir bagi bulan Januari 2017.Selepas itu langsung masuk Februari 2017.3 minggu selama awal tahun ini ,banyak juga aktiviti yang kita jalankan.Saya sedang fokus kepada agent di bawah ‘direct’ saya agar tahun ini mereka tidak tertinggal atau ‘last minute action’ seperti tahun tahun sudah.Kita panggil ‘goal setting’ dan juga ‘dream board’ yang salah satu acara wajib setiap agent perlu rangka dan rancang apa mereka hendak tahun ini.

Sejujurnya zaremi bagitahu ,tahun 2017 memang betul betul menguji kesabaran zaremi untuk melalui halangan dan cabaran 2017 ini.Di tambah lagi keadaan ekonomi serta politik Malaysia yang tidak stabil.Menjadikan ia lebih rancak dan mencabar sekali.Ada yang kata pada zaremi 2017 ini adalah tahun negara sedang di ambang kejatuhan ,muflis dan macam macam lagi.

Kata Kata Adalah Doa

Zaremi selalu pesankan kepada agent agent zaremi ,apa yang kita fikir adalah itulah yang akan berlaku .Bayangkan kalau asyik 24 jam bercakap tentang kejatuhan ,tiada peluang , gagal dan tiada jalan keluar .Pasti ia akan menambahkan lagi lebih buruk lagi keadaan.Allah mengikut sangkaan hambanya.

Saya lebih suka tenangkan diri ,bawa diri keluar dari cerita yang bukan bukan dan duduk bergaul dengan kumpulan yang positif.Saya akan jadi lemah sama sekiranya orang di sekeliling saya bercakap tentang negatif dari yang positif.

Saya minta maaf jika artikel kali ini pendek dan ringkas ,namun saya akan cuba perbaiki mutu penulisan saya dalam blog ini.Kengkangan masa dan komitmen di luar itu menjadikan saya kurang untuk menulis artikel artikel serterusnya.Saya ada plan nak beli tab dalam Januari 2017 ini .Maybe itu ,jalan nya agar saya dapat terus menerus berkongsi apa sahaja info maklumat dan tips yang berguna.

Kelas Part Timer ON 2x Seminggu

Ada berita baik untuk anda yang mungki tidak dapat jumpa saya pada sebelah malam hari selasa.2017 ini ,saya berazam untuk lebihkan masa saya bersama sama anda yang ingin belajar selok belok perniagaan dalam industri Takaful .Apa yang anda perlu buat ialah whatsapp saya di talian 012 – 619 5700 atau datang sendiri ke pejabat Sri Petaling untuk sessi temuduga.Kenapa ada temuduga?Iya ,itu untuk saya tahu lebih dekat siapa anda ,dari mana dan apa aktiviti anda sekarang ?

Kelas tersebut bermula jam 10am – 12pm .Saya rasa time tersebut adalah waktu yang sangat ideal untuk kita sama sama menuntut ilmu.Kita jumpa iya insyallah!

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s