Bukan Senang Untuk Senang ,Bukan Susah Untuk Susah.

Happy Deepavali 2016Happy Deepavali kepada My Indian Friends.

Setiap kali Raya Deepavali sampai ,makcik saya saya selalu sebutkan time inilah waktu saya di lahirkan.

Sudah jadi ingatan pada makcik saya dan ibu saya mengenai kelahiran saya pada 30 Oktober tahun 81.

Tahun ini agak ‘special’ apabila saya mendapat tahu dari rakan pelanggan saya ,mereka mendapat cuti rasmi pada hari Jumaat dan Isnin.Ada juga yang bekerja separuh hari sahaja  pada sebelah khamisnya.Saya dapat bayangkan keseronok sekarang ini ,rakan berbangsa India sedang meraikan Hari Raya mereka.Memakai sari baru yang berwarna warni bagi wanita serta baju sulam ala punjabi style yang waktu ini sedang melawat kuil mereka untuk urusan sembahyang.Berjumpa sahabat handai mereka serta bertukar tukar cerita sambil bawa bisnes kad baru.

Di Malaysia ,ada 3 bangsa besar yang meraikan hari besar ini iaitu bangsa Cina ,Melayu dan India.Dan jika kita lihat ,Raya Cina dan  India memang sudah ada tarikh tetap mereka.Kebiasaanya pada awal Februari bagi mereka berbangsa Cina dan penghujung bulan 10 adalah bagi bangsa India seperti yang berlaku sekarang.Tetapi bagi orang Islam ,mereka mempunyai kalendar Islam sendiri.10 bulan bagi satu tahun ,jadi uniknya Hari Raya Aidilfitri yang di sambut orang Islam adalah akan sentiasa berubah bulannya.Lebih unik lagi kadang kala kita berkongsi sama sama perayaan tersebut di Malaysia.

Cuti 4 hari ini ,saya tidak ada rancangan untuk keluar ke mana mana.Saya buat keputusan untuk buat sedikit kerja ‘management‘ dan sedikit penyusunan jadual kerja saya yang tinggal saki baki penutup 2016 ini.

Ada banyak juga report yang saya tidak kemaskini ,serta pengagihan kalendar baru 2017 juga perlu saya selesaikan sebelum masuk 2017 nanti.Saya juga perlu memastikan rakan agent di bawah unit saya pada tahun ini ‘perform‘ dengan baik sekali.

Bukan Senang Untuk Senang

Tertarik untuk saya kongsikan artikel saya minggu ini adalah Bukan Senang Untuk Senang,Bukan Susah Untuk Susah.Ramai yang saya buat temuduga dan sembang petang dengan adik adik dan juga termasuk rakan saya sendiri ialah ingin hidup senang.Sampai ada yang berterus terang dengan saya ,sebab utama pilih kakitangan kerajaaan adalah untuk senang buat pinjaman .

Pendapat masing masing untuk niat apa tujuan sebenar kita nak bekerja .Pengalaman bekerja dari umur 15 cukup memberikan saya satu panduan hidup tidak ada jalan mudah untuk senang .’Shorcut’ untuk kaya berjaya atau ‘magic’ yang menjadikan manusia itu nampak kaya dan berjaya.

Saya lebih suka berusaha atas kederat tulang 4 kerat saya selagi nyawa di kandung badan.Susah sekarang tidak apa ,asalkan saya tahu apa yang saya sedang usahakan .Saya lebih suka di atas pilihan dan keputusan saya sendiri dari di arah itu dan ini dari majikan yang kadang kala beliau sendiri pun tidak tahu apa matlamat sebenar.Apatah lagi jika pegawai atau majikan anda itu lebih muda dari anda sendiri.

Tinggal 60 hari sahaja lagi kita akan labuhkan tirai 2016 ,apakah anda berpuashati prestasi sepanjang tahun ini?Jika belum ,saya cadangkan anda intai intai peluang membina kerja di sini bersama kami .Kalau rugi pun hanya modal exam TBE ( Takaful Basic Examination) RM 84.80 setelah termasuk GST.

Join-Today-button Best Takaful

 

 

Advertisements
This entry was posted in Berita Umum and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s