Selamat Hari Merdeka 2016

Merdeka 2016Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Itulah laungan keramat setiap kali tiba 31 Ogos.Saya mula nampak ia ada sesuatu mesej yang amat dalam apabila saya melihat anak saya semakin membesar dan menerima apa sahaja maklumat sekelilingnya.

Waktu saya sedang menulis artikel ini,anak saya baru sahaja 7 tahun.Apa yang dia tahu pada usia begini?Hanya bangkit awal pagi untuk bersiap ke sekolah dan tunggu waktu  untuk balik sekolah sahaja.Bersambung semula jam 2 petang bagi sessi untuk pelajaran seterusnya di sekolah agama.

Siapa Sebenar Mencorak Masa Depan

Saya mula sedar hari ini ,berapa rapuhnya hubungan kekeluargaan apabila melihat bebanan kerja yang tidak pernah habis.Lantaran waktu saat untuk duduk bersama sama dengan keluarga amat kurang sekali.Terus terang saya katakan ,saya sangat bersyukur dengan bidang yang saya pilih hari ini mampu bawa saya berfikir luar dari kotak fikiran orang biasa.Saya melihat bagaimana sukar dan mencabar nya untuk bangunkan sebuah perusahaan ke satu peringkat yang lebih baik dan stabil.Apatah lagi membangunkan sebuah negara untuk berada dalam keadaan aman dan tenteram.

Di luar terlalu ramai yang bijak pandai bercakap seperti menteri pembangunan.Ada yang pandai menulis dengan melontar kata kata kurang senang bilamana menyentuh hak dan kebebasan.

Tapi benar satu kata pernah saya dengar.Jangan tanya apa negara boleh buat untuk kita.sebaliknya tanya apa kita boleh sumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada negara.

Zaremi,Isteri dan Anak

Hari ini adalah kali ke 2 zaremi,isteri dan anak akan menyaksikan lintas langsung perarakan Hari Kemerdekaan.Zaremi dan isteri cuba cari masa dan luangkan bersama dengan budak pintar ini agar kita nikmati apakah sebaliknya sambutan kemerdekaan ini.

Biar bersesak dan tidak selesa,kenangan itu tidak akan dapat di ulang semula masa tika beliau sekarang lingkungan umur 7 tahun ini.Manakan mungkin nanti,apabila dia sudah besar remaja,mahukah lagi dia ingin duduk jalan bersama mama dan ayahnya untuk ke dataran.

Zaremi ingin mengucapakan Salam Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia.Zaremi juga dengar pelbagai cerita ,kisah dan tohmahan dari banyak penjuru.Ada suka dan duka yang banyak bagi negara kita Malaysia.Zaremi sangat sayangkan Malaysia.Lahir pada tahun 1981 dan kini 2016,terlalu banyak perubahan berlaku di luar dan di dalam negara kita Malaysia.

Tiada apa yang lebih baik untuk zaremi sampaikan pada artikel kali ini.Hanya zaremi mampu nyatakan,apa yang kita  buat hari ini adalah untuk anak cucu kita di akhir nanti.Tersentuh jiwa zaremi masa menulis ini,apabila melihat anak sendiri mula menyayikan lagu kemerdekaan ,mengibarkan jalur gemilang yang mama nya beli di kedai RM 2 sambil berdiri tergak dengan laungan Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Advertisements
This entry was posted in Berita Umum and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s