5 sebab kenapa kakitangan kerajaan tidak berminat dengan Pelan Perubatan Hospital

downloadBertemu kembali dengan saya semula untuk artikel yang seterusnya.Maafkan saya terlebih dahulu,pada bulan oktober dan november yang lalu teramat sibuk.Saya langsung tak sempat untuk menulis dan berkongsi artikel.

Baiklah,untuk kali ini,saya ingin membawa pembaca yang  budiman apakah alasan atau sebab sebab kakitangan kerajaan tidak berminat dengan Pelan Perubatan Hospital yang di sediakan oleh Penangung Ansurans atau Pengendali Takaful.

Alhamdulillah,tahun ini merupakan tahun yang ke 10 saya dalam industri ansurans.Saya ada lebih 300 porfolio pelanggan saya.Ada di antara mereka yang bekerja dengan majikan dan swasta.Ada juga yang bekerja sendiri iaitu menjalankan perniagaan atau perusahaan seperti menyediakan perkhidmatan dan jual beli barang.

Dari sektor yang saya sebutkan di atas,ada terdapat perbezaan pendapat mengenai Pelan Perubatan Hospital.Ada yang berkata saya memang sedang mencari dan ada juga yang tidak ambil kisah.Kerajaan/sayrikat saya menangung semua bil dan kos hospital katanya dengan bangga.

But anyway,saya ada lebih 300 portfolio pelanggan saya.Saya tidak berniat untuk menceritakan hal peribadi pelanggan saya.Cukup untuk saya berkongsi pendapat dan pandangan kenapa kakitangan kerajaan tidak berminat dengan Pelan Perubatan Hospital.

Saya sengaja ‘higlights’ kakitangan kerajaan kerana kakitangan swasta mereka memang sedia maklum.Bil hospital perlu di tanggung sendiri.Mereka juga sedia maklum,benefit atau faedah dalam swasta tidak sama seperti kakitangan kerajaaan.

Silap,itu kesilapan besar ramai berfikir dan melihat manfaat tersebut.Hatta ada rakan sebelajar dengan saya sanggup menggadaikan Diploma nya bekerja dari sebuah syarkat swasta.Saya kira jawatan yang baik,langsung berhenti dan berkhidmat di bawah kakitangan kerajaan walaupun gaji itu tidak setimpal dengan pendidikan beliau sekarang.

1.Takut nak keluar duit
Salah satu sebab utama ialah di tanggung sepenuhnya.Memang jika anda ke kaunter pendaftaran.Soalan yang akan di tanya oleh Staff  di situ ialah Kakitangan kerajaan aau tidak?Saya pernah mendapatkan khidmat Pakar Sakit Mata di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM).Memang ada kos yang perlu saya bayar kerana bukan kakitangan kerajaan.Lebih 3 kali saya berulang alik bagi mendapatkan rawatan di sana.

2.Takut tak boleh nak bayar
Selepas tidak mahu keluar wang,ada satu lagi perasaan takut tak boleh bayar jika pergi mendapatkan rawatan hospital bukan kerajaan.Mereka akan melihat Hospital bukan Kerajaan umpama harimau yang akan menelan wang mereka.Maklumlah baru sahaja jumpa Doktor RM 50 sudah pasti untuk kos ‘consultation’.Bagaimana pula jika melakukan rawatan operation,rawatan kecemasan dan sebagainya.Menelan belanja beribu ribu.wow!

3.Turun Temurun
Kalau saya sebut keturunan nanti agak sensitif bagi sesetngah orang.Adalah lebih baik untuk saya gantikan dengan nama turun temurun.Memang sudah dari keluarga onyangnya,atoknya,emakya memang kami semua ambil rawatan dengan hospital kerajaaan.Jadi kami sudah biasa dan tidak kisah tentang ‘queu’ untuk appoinment,ulang alik dan bekalan ubat.Sebab kami dah biasa.

4.Takut nanti di kata riak
Ini juga salah satu sebab yang pernah saya dapat.Katanya setiap penyakit itu datang nya dari allah s.w.t.Bimbang kalau masuk hospital yang mahal,’aircond’ dan sebagainya di katakan riak dan tidak bersyukur dengan pemberian Dia Yang Maha Esa.Sakit itu adalah penghapus segala dosa katanya.

5.Saya Pegawai,Kita ada Kelas 1
Saya tak percaya,saya tidak kata ‘statement Tuan Pegawai itu tidak betul.Cuma saya bercakap atas pengalaman peribadi saya.Tuan Pegawai bukan seorang sahaja Pegawai di Malaysia.Ada lebih berapa ribu lagi yang Kelas Satu.Mungkin di pejabat anda di layan sebagai Tuan Pegawai tetapi apabila di masukkan hospital kerajaan.jangan bawa pangkat Tuan Pegawai untuk sama di layan seperti di pejabat.Ini kerana,bilangan pesakit yang masuk ke hospital kerjaan ramai.terlalu ramai.1:10 bagi seorang doktor kepada pesakitnya berbanding doktor di hospital swasta 1:3.

Jangan marah dengan kenyataan saya yang No 5 ini.Seperti yang saya maklumkan pada awal awal tadi.Saya ada lebih 300 portfolio pelanggan saya.Dari 300 portfolio ini,60 % adalah Pelan Perubatan Hospital yang mereka ambil dengan saya.Saya tekankan point no 5 ini kerana suatu masa dahulu tidak saya nafikan Hospital Kerajaan adalah pilihan di hati.

Bayangkan jika semua kakitangan kerajaan berfikiran sama,iaitu

  1. Tak perlu keluar duit
  2. Mahal
  3. Turun Temurun
  4. Takut dikatakan riak
  5. Saya Pegawai

Sudah tentu Hospital Kerajaan penuh sesak,ini belum di tambah lagi pekerja asing yang saya dengar bakal masuk 2016 kelak.Bayangkan jika keliling kita di penuhi bangladesh,myanmar,indonesia dan pakistan.Apa guna rumah cantih bertingkat tingkat,kereta berkilat bawah bumbung tetapi Rawatan Hospital untuk diri sendiri di abaikan.

Jangan ambil hati tentang artikel ini,kerana saya rasa bersalah sangat jika saya tidak kongsikan informasi ini..Anda telah melakukan yang terbaik atas perkhidmatan dan jasa anda kepada kerajaan.Saya juga rasa bersalah kerana,sebagai kakitangan kerajaaan,seharusnya anda di beri layanan yang baik sewaktu sedang sakit atau di rawat dengan penuh kasih sayang.Bukan di ‘serve’ dengan doktok doktor pelatih atau staff nurse ‘practical’.

Ada banyak pengalaman pelanggan saya dan saya lalui.cukup dahulu perkongsian ini.Mudah mudahan kalian belajar sesuatu dan boleh respon kepada saya untuk penambahbaikan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan PERCUMA QUOTATIOn.Boleh klik link di bawah.

free-quote2

Best Takaful

 

Advertisements
This entry was posted in Berita Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s