Gaji RM 1500 di Kuala Lumpur

Man using a ATMTajuk kali ini agak menarik untuk saya kongsikan dengan anda semua bagaimana menguruskan wang gaji RM 1500 sebulan di
Kuala Lumpur.menarik bukan?

Bekas Despatch Spare Part Kereta

Sejak dari tingkatan 3,saya sudah mula bekerja.Bapa saya benarkan saya mengisi masa cuti sekolah dengan menambah pendapatan.Kata beliau,”dari kau membuang masa tak berfaedah,ada lebih baik kau cari pengalaman bekerja”.Ya,saya sahut cabaran itu.Dari bidang FastFood,Stationary dan Despatch pernah saya lalui.Dan pendapatan untuk bidang ini,tidak begitu banyak.Sekitar RM 1000 ke RM 1500 sebulan.

Duduk rumah Mak Ayah

Anda tentu tahu dengan pendapatan sekecil ini,jika duduk di sebuah bandaraya seperti Kuala Lumpur ibarat mengais kata orang.Maksud saya mengais adalah kita hanya berbelanja apabila perlu.Hanya cukup cukup makan sahaja.

2 keperluan yang utama apabila kita masuk ke alam pekerjaan adalah pengangkutan untuk ke tempat kerja dan kediaman tempat tinggal.Di sini lah antara ramai yang menjadi mangsa atau terjerat dengan hutang keliling pinggang.

Saya menulis artikel ini,kerana pernah lalu situasi ini.Saya rasa bersalah jika tidak berkongsi sedikit tips bagi mereka yang pertama kali datang ke KL atau adik adik saya yang baru ‘graduate’ dari universiti.

Tindakan pertama ialah stay your family home.Jangan cuba cuba untuk menyewa rumah kerana ia akan menjeratkan diri anda untul terlibat dengan kos sewa,kos bil utiliti seperti api dan air,yuran maintenance,internet dan kos tersembunyi.Anda mungkin rasa malu dengan rakan sebaya,atau tekanan dari keluarga anda sendiri.Ya,abaikan.Ini kerana tekanan dari luar lebih dahsyat dan menakutkan.Saya ada kawan yang belum berkahwin dan masih lagi duduk di rumah ‘parents’ mereka.Jimat bukan?

Jadi tuan?apakah saya perlu terus menerus duduk dengan ibubapa saya?Iya,itu lebih bagus.Jika tidak,anda akan sangat rindu masakan ibu anda.Macam saya.

Ada Cara Lain?
Saya tidak setuju tuan.Saya sanggup menyewa dan inginkan privacy.Baik,cadangan saya ialah cari bilik untuk di sewa.Kebiasannya sewa bilik di Kuala Lumpur adalah sekitar RM 250-RM 400.

Anda jangan lupa,kos pengangkutan di sini kita belum kira.Boleh jadi anda menggunakan 100% pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.

Pendapatan – (Sewa Bilik + Pengangkutan ke tempat kerja) = Baki Tinggal

Tips terakhir yang boleh saya kongsikan kepada anda ialah cuba usahakan untuk tidak berbelanja lebih dari 50% dari pendapatan anda kepada 2 perkara asas ini.

Ia sangat kritikal dan banyak berlaku kepada abang dan kakak anda yang kebanyakkan mereka malu untuk berkongsi yang mereka sudah menjadi mangsa keadaan.Lebih malang lagi jika ada yang hanya baki tinggal 10%-20% dari gaji asas.

RM 150-RM 300 baki untuk anda makan mungkin cukup cukup sahaja.Tetapi bagaimana untuk keperluan lain seperti pakaian,alat kelengkapan diri,wang belanja ibubapa dan lain lain.Belum lagi saya campurkan belanja untuk entertaiment sendiri seperti menonton wayang,shopping atau hobi.Bahkan belum saya masukkan bil perubatan atau klinik jika kesihatan anda terganggu.Anda perlu berjumpa doktor bukan?

Tips ini adalah salah satu yang saya amalkan pada saya bergaji kecil ketika itu.Oya,jangan cuba cuba berangan untuk beli kereta impian jika pendapatan anda belum lagi bersedia.Ia akan mengundang lebih banyak kesulitan kelak.

Sekiranya anda memiliki impian dan ingin mengubah ekonomi diri dan wang belanja poket anda.Suatu Transformasi perlu di lakukan dari sekarang.Cari atau mulakan sesuatu dari minat yang boleh menjana pendapatan tambahan.Hasil pendapatan tambahan itulah yang membayar kos kos keperluan anda.Lebih banyak pendapatan yang anda boleh jana lebih besar perubahan berlaku dalam hidup anda.Wang gaji asal tadi di letakkan di dalam satu simpanan atau simpankan sahaja di Takaful.Ia pasti berbaloi untuk masa hadapan anda nanti.

Semoga anda belajar sesuatu dari artikel ini.

Advertisements
This entry was posted in Berita Umum and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s