Hati Hati Memandu

Hati hati memanduPejam celik pejam celik,minggu ini adalah merupakan minggu terakhir rupanya kita  bertugas.Rata rata kebanyakan rakan yang saya jumpa.mereka akan meninggalkan ibukota pada hari Rabu dan Khamis bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Seminggu sebelum aidilfitri ini,kita banyak di kejutkan dengan beberapa kejadian kemalangan seperti kemalangan jalan raya dan kemalangan kecederaan bermain bunga api.Memang benar malang tidak berbau,namun jangan jadikan hari kegembiraan kita untuk berkumpul beramai ramai menjadi sebuah tragedi yang kita tidak ingini.Inilah yang selalu saya berpesan pesan kepada rakan kenalan dan rakan pelanggan saya tentang keselamatan sangat penting.Lebih lebih lagi apabila tiba musim perayaan.

Tahun Penuh Dengan Kesederhanaan

Tahun ini,tidak seperti tahun tahun yang lain.Kegembiraan saya pada tahun ini adalah amat cukup sederhana.Alhamdulillah,saya dapat bantu sediakan wang belanja raya kepada isteri dan anak saya.Juga ibu saya yang saya kasihi.Malah untuk raya pertama,kedua dan ketiga kami tidak berjalan kemana.Mungkin lebih kemana menerima kunjungan dari saudara mara yang datang melawat atau menzirahi bapa mertua saya yang baru sahaja pulih dari serangan strok.

Doktor di Hospital Rehabilitasi,Cheras beri kelonggaran kepada pesakit untuk pulang ke rumah dan datang kembali selepas satu minggu nanti.Cukup untuk saya dan keluarga merasai keseronokan dan kegembiraaan yang bakal tiba nanti.Mudah mudahan bapa mertua saya kembali sembuh dan dapat berjalan seperti biasa.In sha allah.

Berhati hati memandu.

Seperti ucapan saya yang sebelum ini,tidak habis habis saya ingin mengingatkan anda sekali lagi supaya berhati hati ketika memandu.Berhenti di tempat yang selamat jika anda rasa mengantuk atau bertukar tukar dengan pemandu supaya perjalanan anda selamat sampai.Dan saya percaya,kenderaan tahun  ini lebih banyak di atas jalan dan masing masing mempunyai mesej yang sama untuk berkunjung ke rumah saudara mara.

Akhir kata dari saya,Saya Mohd Zaremi Othman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Saya juga ingin memohon ampun dan maaf kepada anda khususnya secara langsung ataupun tidak,yang pernah bekerjasama dengan saya mahupun kepada pelanggan pelanggan zaremi othman.Semoga anda di limpahi rahmat,juga kebaikan dan kesejahteraan untuk kita bersama.

Advertisements
This entry was posted in Berita Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s