Perlu ke Nak Ada Medical Card Kalau Company Dah Cover

insuredHa macamana?Perlu ke?Ini soalan biasa kita dengar kebanyakkan eksekutif eksekutif muda  yang bekerja di syarikat syarikat besar.

Jawapan saya ialah Perlu.Lagi awal lagi bagus sebelum datang penyakit yang tidak kita ketahui better apply.Kalau sudah sakit permohonan untuk lulus agak sedikit sukar sebenarnya.

Sabar pembaca yang budiman.Ini bukan sebab saya hendak menjual medical card tersebut.Tetapi saya ada 2 sebab penting untuk anda pertimbangkan artikel saya Iaitu

1.Company yang anda bekerja hanya akan cover selagi anda masih berkhidmat di syarikat tersebut.Atau dengan kata lain cover anda sampai pencen sahaja.Selepas pencen,sekiranya admit hospital pada waktu itu medical card syarikat tersebut sudah tidak valid lagi.Malah jika anda merancang ingin memohon pada saat itu.Ia terlalu mahal.

Itupun jikalau kesihatan anda di dalam kesihatan yang baik seperti usia muda tuan/cik puan dahulu.Namun jika sebaliknya,boleh jadi permohonan untuk lulus di tolak terus akibat penyakit penyakit kronik.

 2.Sekiranya berlaku lumpuh atau sakit sakit kronik pada umur 40 yang mengakibatkan keadaan fizikal kita tidak boleh berjalan atau terpaksa berulang alik ke hospital untuk rawatan.Agak agak tuan/cik puan,adakah majikan tempat anda bekerja akan menerima kita bekerja lagi?Saya minta maaf jika agak terlampau contoh yang saya bagi.tentu Syarikat tersebut buang kerana tiada value pada syarikat.Malah waktu itu ibarat ‘jatuh di timpa tangga’.Di buang kerja dan memerlukan wang bagi rawatan hospital untuk proses pemulihan.

Kisah Benar.

Kak ros adalah ibu kepada 2 orang anak.Bekerja di sebuah syarikat swasta yang terletak di Kelana Jaya.beliau telah berkhidmat hampir 20 tahun di syarikat ini.Dari sebuah syarikat enterprise sehingga listed ke bursa saham Kuala Lumpur.

Ini adalah pekerjaan pertama Kak Ros selepas graduan Universiti dalam bidang Perakaunan.Kak Ros berpuas hati dengan pekerjaan beliau sehinggalah apabila beliau berkahwin pada awal 30 beliau di kurniakan 2 orang cahaya mata.

Kak Ros pernah bagitahu syarikat beliau bekerja memang bagus dengan kebajikannnya.Malah bos majikan beliau memang menyediakan perlindungan ansuran perubatan sekiranya di masukkan ke hospital.

Kak Ros bekerja seperti orang lain,keluar awal pagi bagi megelak jem teruk  serta untuk mendapat parking yang dekat dengan pintu masuk pejabat hinggalah balik sedikit lewat dari waktu pejabat untuk elak ‘time peak’ selepas waktu kerja.

Anak kak Ros yang pertama sudah masuk darjah satu.Anak kak ros yang kedua akan sekolah tadika tidak lama lagi.Tetapi di dalam keseronokan bekerja.Kak ros ada terasa sesuatu yang kurang dalam hidup beliau.Masa bersama anak anak.

Apabila masuk darjah satu,kak ros buat keputusan untuk berhenti bekerja.Tetapi kak ros bijak,bukan berhenti terus dari mencari rezeeki,tetapi menukar bidang kerja dan tempat kerja ke bidang dan lokasi yang sesuai dengan keadaan kak ros sekarang.

Walaupun hari ini kak ros berjaya menguruskan semua perkara tadi,perancangan Kak Ros tidak begitu bijak.Yang pertama Kak Ros tiada Pelan Ansuran Perubatan lagi dan yang kedua umur Kak Ros sudah masuk ke 40.

Dalam kes ini ramai Esekutif Esekutif muda seperti Kak Ros merancang kehidupan masa hadapan mereka dengan tidak cukup efisen.Saya tunjukkan perbandingan jika kak Ros memohon Kad Perubatan Hospital Bilik RM 200 pada umur 20 dan sekarang jika Kak Ros beurusia 40.

quotation

Apakah yang anda belajar dari pelan ilustrasi diatas?Perhatikan caruman bulanan jika mendaftar awal seusia umur 20 dan pada usia 40.Kak Ros perlu menambah 2 kali ganda dari caruman asal sekiranya Kak Ros ingin mendapatkan manfaat Medikal Kad yang sama dan juga manfaat tambahan yang lain.Bukan itu sahaja,simpanan Kak Ros pada usia umur 50 juga sedikit jika Kad Ros mula mendaftar pada usia 40.

Pelan Ansurans Medikal Card adalah sebuah Risk Planning.Ia sebenarnya bukan  lagi kehendak tetapi sebuah Keperluan bagi semua orang.Kita bukan hendak maksudkan Hospital Kerajaan sekarang tidak bagus atau tidak baik.Apabila kita bercakap mengenai nyawa dan keselamatan,tentu anda akan pilih rawatan yang cepat dan efisien.Anda penat bekerja dan menguruskan keluarga,tentu kita inginkan layanan yang baik dan ikhlas dari orang yang merawat kita.Tambahan lagi sedang kita dalam keadaan sakit dan di hidapi penyakit penyakit kronik.free-quote2

Best Takaful

 

 

Advertisements
This entry was posted in Berita Umum and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s