Lima Puluh Ribu Sales vs Loan

sales vs loan Berapa ramai antara anda yang pernah melibatkan diri dalam perniagaan?Tak kisah perniagaan tersebut di jalankan sepenuh masa atau separa masa(part time).Ada juga yang langsung serik untuk melibatkan diri setelah gagal dalam perniagaan.

Artikel saya kali ini adalah Lima Puluh Ribu Sales vs Loan.Mungkin anda pernah dengar dari kawan anda modal perniagaan tak besar.Hanya RM 50k tuan sudah boleh menjalankan perniagaaan.Tuan tak perlu risau mengenai marketing dan juga produk.Apa yang tuan perlu buat hanyalah ambil tawaran ini.jadi rakan kongsi kami.Hanya tunggu untung masuk sahaja ke akaun tuan.Wah,menarik bukan?

Mudah Percaya Jualan Atas Angin

Ini bukan rekaan cerita yang di buat buat.Tetapi adalah kisah benar dari beberapa rakan kenalan saya yang saya melihat kesusahan dan kepayahan untuk menguruskan perniagaan RM 50 Ribu ini.Juru penasihat ini akan memujuk rayu dengan anda peluang dan potensi masa hadapan perniagaan tersebut.Anda mula gatal tangan untuk berusaha mencari dana RM 50 Ribu ini.

Kita mula start tak tidor malam,search dalam internet potensi perniagaan dan mula buat kira kira sendiri.Kalau bukan sekarang bila lagi?

Kepercayaan kita menjadi bertambah tambah apabila di tunjukkan 3rd Party Story,gambar gambar orang yang berjaya lantas kita bersetuju mengiakan urusan urusniaga ini.

Bukan Mudah Mengapai Bintang Di Angkasa

Pernah dengar lagu Akademi Fantasia?Perhatikan dari AF 1 hingga sekarang berapa ramaikah yang benar benar ‘perform’ as ‘performer’.Its fine,sebab rancangan ini di taja sepenuhnya.Malah peserta tidak di kenakan caj atau apa apa bayaran untuk menyertainya.

Tapi,cerita kita belum habis.RM 50 Ribu ini masih lagi dalam pilihan untuk meneruskan atau tidak.95% kajian yang saya buat secara peribadi,Mereka akan buat pinjaman sepenuhnya dari Intitusi Perbankan.Ya,sepenuhnya.

Mereka akan bandingkan Pelan jadual bulanan Bank A dengan Bank B yang mana lebih murah installmentnya.Kemudian tolak dengan hasil keuntungan yang bakal dapat.Wah ada lebih.Ok deal!

Tetapi kita lupa,ada banyak lagi tanggungjawab utama yang perlu kita siapkan.
1.Bayar Komitmen Rumah
2.Bayar Installment Kereta
3.Bayar Bil Telefon
4.Bayar Hutang Belajar
5.Bayar Bil Utiliti(api,air,internet)
6.Duit Belanja Ibubapa(jika ada)
7.Duit Belanja Sendiri
8.Nafkah Isteri(wajib jika ada isteri)
9.Duit  Belanja Anak Sekolah(Jika Ada)
10.Duit Tambang Ke Tempat Kerja(minyak kereta/motosikal/tol)
+
11.Duit Kecemasan(kereta rosak dll)

Gagal Mencari Jualan RM 50 000

Saya juga membuat perbandingan sebelum saya menjalankan Perusahaan Takaful sebenarnya.Saya mengira dari segi modal yang harus di keluarkan,masa yang di gunakan,risiko dan juga potensi perniagaan ini mampu atau tidak untuk lama dalam pasaran.

Ini kisah benar saya,ya bukan mudah untuk mendapatkan jualan RM 50 000 setahun.Sabar dahulu,jika tidak dengan usaha yang berterusan,idea baru dan sokongan kumpulan yang tidak putus memberi motivasi.

Kita mudah Putus Asa

RM 50 000 Sales vs RM 50 000 Loan

Membina sales dengan memohon pinjaman adalah dua kerja yang berbeza.Anda boleh lihat sendiri Membina sales adalah atas usaha sendiri.Kerajinan dan Kesungguhan untuk membuktikan pada diri sendiri bahawa ‘Aku Yakin Boleh’.

Berbanding dengan memohon Pinjaman.Ia melibatkan pihak ke tiga iaitu pihak Pemberi Pinjaman untuk melihat rekod CCRIS anda dan kelayakan juga jawatan anda bekerja sekarang.Semua ini akan di ambil kira sama ada anda mampu membayar balik pinjaman RM 50 000 sekiranya pihak kami lepaskan.

Biasanya,Perunding yang berunding dengan anda akan menggunakan kemahiran dan kepakaran beliau untuk pastikan pinjaman anda lepas dan anda boleh menguruskan perniagaan tersebut dengan kadar segera.

11 Komitmen buatkan kita Berfikir Panjang

Semasa saya mula mula melibatkan diri dalam Perusahaan Takaful.Saya tidak perlu risau 11 komitmen ini.Saya masih bujang dan saya hanya ada ibu bapa.Itu sahaja.Saya tidak perlu berfikir banyak dan terlalu panjang untuk membuat keputusan terjun dalam Perusahaan Takaful.

Tetapi bagi anda yang di dalam dilema.Tips saya ialah jangan ‘Buat Gila Nanti Betul Betul Gila’.Ya,saya tidak main main perkara ini.RM 50 000 mungkin kecil bagi anda,tetapi bagi saya ia terlalu besar untuk di laburkan.

Dengan modal sebesar ini,ada baiknya anda menuntut ilmu yang ada kaitan dengan minat anda atau pekerjaan anda sekarang.Jangan mudah ‘IA’ akan semua urusan kerana kelak memakan diri.

Join-Today-button

 

Best Takaful

Advertisements
This entry was posted in Berita Umum and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s