10 Tips Jimat Wang

10 Tips Jimat Wang1.Bawa Bekal Ke Tempat Kerja
Dalam seminggu kita bekerja,apa kata anda bawa bekal makanan dari rumah ke pejabat.Sekurang kurangnya 2 kali seminggu.Elakkan dari membeli sarapan pagi,makan tengah hari dan minum petang.Dengan cara ini,boleh membantu sedikit wang belanja harian anda.

2.Simpan Duit Syiling
Bulan ini,kita buat kempen untuk tidak menggunakan wang syiling.Simpan kesemua wang syiling yang anda ada di suatu tempat khas.Anda hanya menggunakan wang kertas sekiranya perlu.Pada yang masa yang sama,cari wang wang syiling di rumah atau di dalam kereta yang berselerak untuk di kumpulkan dalam bekas siling yang telah di sediakan.Dengan cara ini,akan meningkatkan simpanan anda.Baik bukan?

3.Runding Harga
Sekiranya anda perlu membeli sesuatu dalam bulan ini,jangan terus beli sahaja.Tetapi rundinglah harga yang hendak di beli dengan penawaran yang bersesuaian.Cuba sentiasa amalkan bertanya ‘apa harga yang paling best anda boleh bagi jika saya jadi beli?’.Tidak semestinya,anda akan dapat harga yang lebih rendah.Setidak tidaknya anda mencuba dari tidak bertanya langsung.

4.30 Hari Tanpa Kad Kredit
Ini saya suka.Kepada pengguna kad kredit.Apa kata anda jalankan kempen tidak menggunakan kad kredit untuk 30 hari.Gunakan tunai sahaja atau ‘debit card’.Dengan cabaran ini akan melatih anda untuk kurang membelanjakan wang dalam bentuk kredit/hutang.

5.Tunggu Seminggu
Sekiranya anda perlu membeli sesuatu,tunggu satu minggu.Macam pelik bukan?Tapi ini juga satu teknik untuk berbohong pada diri sendiri.Kadang kala barang tersebut bukan keperluan penting yang perlu di gunakan pada masa itu.Jadi,dengan meletakkan masa ‘delay’ mungkin boleh membantu anda untuk merancang belanja yang lebih ‘efisen’.

6.Bulan Keperluan
Bulan ini jangan membeli apa apa untuk yang bukan keperluan.Ops,sabar.Selain dari barang barang keperluan dapur dan pasar.Ia agak ‘straight’ tetapi cukup untuk mendisiplinkan diri kita sebenarnya.

7.Makan di Rumah
Ini mungkin sudah biasa anda dengar.Iya,makan di rumah.Elakkan makan di restoran,kedai mamak,fast food atau gerai sekalipun.Ia bukan sahaja boleh jimat malah merapatkan lagi hubungan ahli keluarga dalam rumah tersebut.

8.Jual Sesuatu.
Almari anda penuh dengan baju?Terdapat alatan yang tidak perlukan lagi,atau perabot lama yang masih dalam keadaan baik?Anda boleh gunakan platform facebook atau mudah untuk menjualnya.Atau dengan menyertai ‘car booth sale’.

9.Usah keluar
Percaya selalunya wang banyak mengalir keluar setiap kali kita keluar rumah?Apa kata anda cuba teknik ini.Jika ingin berjumpa dengan kawan kawan.Ajak sahaja mereka datang rumah dan bukan di luar.Begitu juga menonton wayang.Bawa anak anak ke ruangan tv untuk menonton filem bersama.Anda mungkin boleh bina suasana menontonnya seperti dalam panggung dengan tambahan snek dan minuman yang di buat sendiri.Tutup lampu seolah olah macam dalam pawagam.

10.Keluar bersenam
Mungkin pelik sedikit tips terakhir ini kerana kita keluar bersenam?Mungkin ahli keluarga,jiran,rakan facebook akan terkejut beruk tentang perubahan anda.Malah biawak biawak akan mula menjelir jelir lidah apabila anda mula post gambar gambar yang anda sedang bersenam.

Pedulikan perkara itu,ini kerana menjaga kesihatan juga sebenarnya menjaga wang kita.Dengan 3 kali seminggu memadai untuk anda mengeluarkan peluh.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita semua.

Kredit:Dari majalah ik.10 Cabaran Wang

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s