Pelan Skim Takaful Mana Yang Sangat Sangat Baik

Hai assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman.

Khamis lepas kita dikejutkan 2 insan yang pulang ke rahmatullah.Tuan Hasbullah Awang dan Tok Guru Nik Aziz.Sama sama kita doakan agar roh nya di tempatkan di sisi orang mukmin in sha allah.

Baik,artikel untuk minggu ini adalah Produk Takaful mana yang paling bagus?

Saya kongsikan artikel ini kerana banyak sangat pelanggan pelanggan saya bertanya.Syarikat Takaful ABC produknya bagus.Kenapa Pelan saya tidak.

Sebagai seorang agent/wakil,semestinya kami akan cuba berikan hanya yang terbaik untuk pelanggan.Yang hanya kalau boleh tercanggih dan kalis apa sahaja tawaran tawaran lain dari syarikat ansurans/takaful.

2 Barang Yang Tidak Boleh Di Ganti Nilai

Produk sentiasa berubah,malah setiap hari.Semua syarikat ansurans/takaful ada kumpulan RnD.Di mana mereka akan menjalankan servey,analisis beberapa produk untuk di pasarkan ke pasaran Malaysia.

Kami sebagai agen ada kalanya agak tercabar apabila beberapa perkhidmatan yang tidak dapat di sediakan sebaliknya Syarikat Ansurans ABC ada menyediakan.

Namun,ia bukan halangan dan cabaran kepada kami.Kami percaya setiap yang best ada harganya.Ada kos yang perlu pelanggan tahu dan menanggungnya.Tiada yang indah apatah lagi PERCUMA pada zaman millennium ini.

Hatta 5 tahun lagi,akan ada produk yang lebih best,lebih awesome,lebih dahsyat lagi.2 barang yang saya maksudkan tiada harga nilainya adalah ‘value of agent’.

Ramai orang fikir mudah menjadi agent ansurans.Ada sikit gaya,rupa dan boleh bercakap.Sudah boleh menjual.Bagi saya itu adalah bonus.Sebaliknya ialah kerajinan,sanggup bekerja lebih masa,berani adalah ciri agent sebenar.Mereka adalah ‘front line‘ bagi syarikat dan juga ‘3rd party on behalf as customer’.

Yang kedua adalah pengalaman.Pengalaman syarikat juga pengalaman agent/wakil menguruskan industri itu.’Prospect’ atau bakal pelanggan sudah cerdik dan celik ansurans/takaful.Mereka bandingkan bukan sahaja produk malah pengalaman syarikat juga agent/wakil.

Saya tidak ada jawapan tepat untuk menjawab Syarikat apa yang bagus dan Produk mana yang terbaik.Balik semula kepada asas(back to basic).Bagi saya agent/wakil memainkan peranan yang cukup besar dalam industri ansurans/takaful.Kerana mereka bukan sahaja wakil sebagai investor kepada syarikat syarikat besar dalam ansurans/takaful.Malah ‘defender’ kepada pelanggan mereka seandainya musibah,tuntutan berlaku di saat saat tidak kita duga.

Advertisements
This entry was posted in Berita Umum and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s