Adakah berbaloi atau cukup menyimpan sendiri?

Education

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat pembaca yang di kasihi.Bulan oktober ini adalah merupakan bulan yang kebanyakan kita sibuk dengan urusan kerja di pejabat juga mereka yang sedang merancang untuk mendaftar anak baik ke sekolah tadika juga sekolah rendah.

Manakan senang untuk menguruskan kedua dua tugas kerana ia sama sama tangungjawab yang sama berat untuk di pikul.

Kali ini artikel yang saya ingin bawakan bersama dengan anda ialah sebuah kisah benar saya menguruskan wang pengeluaran pendidikan pelajaran anak selepas 18 tahun menabung di Great Eastern

Tak mahu jadikan sebagai komitmen.

Education Plan AAntara ‘rejection’ yang banyak saya terima bagi mencadangkan skim ini ialah tidak mahu jadikan ia sebagai komitmen bulanan.Iya benar,saya tidak nafikan  ia akan rasa sedikit terbeban.Apatah lagi pendapatan bulanan untuk menampung belanja harian keluarga pun tidak cukup.Inikan pula di suruh menabung.

En Mat adalah seorang pesara tentera.Beliau mulakan pelan skim untuk anak bongsunya yang saya panggil ‘adik’ sejak dari lahir.Di pendekkan cerita,saya kenal isteri beliau di Hospital dan di situlah saya dapat tahu ibu kepada ‘adik’  Pn Rozita maklumkan saya.Anak bongsunya akan dapat cheqeu belajar tidak lama lagi.Kebetulan agent servising mereka sudah lama tidak dapat di hubungi.Lalu saya hulurkan kad maklumkan yang saya sedia membantu.

Tuhan lebih tahu

Setiap kali saya ada ke hospital,saya akan singgah jumpa Pn Rozita untuk bertukar tukar cerita dan kes yang saya sedang ‘handle’.Untuk pengetahuan anda Pn Rozita adalah salah seorang kakitangan hospital.Wajah ceria beliau setiap kali menceritakan saat saat bagaimana beliau dan suami mencari wang untuk menyimpan amat sekali saya teruja.Apatah lagi tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi wang anknya akan keluar.Saya sempat berseloroh yang nanti kita akan sama sama ke Great Eastern untuk buat pengeluaran.

November 2012,seperti biasa saya ada melawat beliau untuk maklumkan cheqeu anak beliau saya dah uruskan.’Nanti kita kita sama sama pergi’bisik hati saya.Sebaik sampai di hadapan kaunter tempat beliau bertugas.Beberapa rakan bertugas beliau macam menyorokkan sesuatu.Salah seorang rakan beliau maklumkan saya Pn Rozita jatuh sakit dan pulang ke rahmatullah pada ogos lalu.

Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya pada ketika itu.Meremang bulu tengkuk saya apabila di kejutkan berita ini.Badan saya jadi lemah dan berlinang air mata saya apabila sebuah hajat yang tak sampai untuk saya tunaikan.Sempat saya minta ahli keluarga yang boleh saya hubungi untuk saya sampaikan amanat arwah bagi pengeluaran wang simpanan pendidikan pelajaran anak beliau.

Jasa beliau terlalu besar kepada saya kerana  kerana beliau banyak memperkenalkan rakan rakan sekerja tentang pentingnya insurans/takaful.Saya sangat terhutang budi dengan allahyarham.

Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Mari sama sama doakan allahyarham Pn Rozita aman dan tenang di sana.Al fatihah.

Simpanan pendidikan pelajaran anak adakah berbaloi atau cukup menyimpan sendiri.Anda sendiri fikirkan.

free-quote2

Advertisements
This entry was posted in Berita Umum and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s