Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Raya 20145 Hari lagi seluruh umat islam akan meyambut hari kemenangan setelah sebulan menahan lapar dan dahaga.Dalam islam kita di haramkan untuk berpuasa pada hari pertama tersebut.Ini bermakna betapa tingginya Hari Raya Aidilfitri yang pertama ini.Semestinya kita semua akan berkumpul di masjid pada pagi syawal bagi menunaikan solat aidilfitri yang bakal tiba nanti.

In sha allah saya dan keluarga akan pulang ke kampung pada hujung minggu ini.Beli sedikit persiapan untuk raya nanti seperti ayam,daging dan lemang.

Suatu masa dahulu,semasa zaman zaman sekolah.Masa ini adalah saat saat gembira kerana ingin berjumpa opah dan atok di kampung.Waktu itu,saya dan saudara saudara yang sebaya saya akan menghuru harakan keliling  rumah opah saya.Kami bermain mercun,kejar kejar ayam dan menyakat si kecil yang paling lemah dalam kumpulan kami.Rasa 3 hari duduk di kampung tak puas rasanya sebab saya dapat banyak buat collection duit raya.

Kali ini terbalik,sudah sampai masanya saya pula yang memberi ang pow raya kepada anak saudara yang berada di kampung.Cuma zaman anak saya kali ini.kurang huru hara macam saya kecil kecil dulu.Walaubagaimanapun,bertuah rasanya dapat bawa isteri dan anak saya melihat kampung bagaimana saya hidup dan membesar di sini.Agak geli hati jika isteri saya mendengar kalau kami berborak loghat bahasa perak.Bukannya selalu,ater nyer.

Tahun ini juga  adalah tahun yang penuh emosi dan cabaran dalam hidup saya.Mungkin juga faktor umur yang meningkat dan tanggungjawab yang pikul.Saya merasakan ada kalanya berat untuk saya pikul bersamanya.Namun,saya percaya pada setiap sekeliling diri saya,saya perlu bersyukur kerana mempunyai isteri,anak,ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa membakar semangat saya untuk terus berbakti.

Saya juga sangat terharu atas sokongan seluruh pelanggan saya yang tidak henti henti terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada saya dalam menguruskan Pelan Simpanan Masa Hadapan mereka.Selain itu,saya di beri tanggungjawab yang besar untuk membantu rakan rakan usahawan baru yang ingin menambah pendapatan tambahan dalam Insdustri ini.Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh pelanggan saya yang menyokong saya,tim Supreme Power Agency,Zaremi Othman Group,Tim Segalanya Mudah,rakan rakan partner yang lain dan teristimewa isteri saya dan keluarga saya yang merupakan tulang belakang kerjaya saya.

Kesempatan yang ada ini,saya dan seluruh warga kerja Zaremi Othman Resources ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anda semua.Baik secara langsung atau tidak langsung.Samada kita pernah berurusan atau sebaliknya.Maafkanlah saya iya.

Saya doakan buat semua yang sedang mebaca artikel saya ini,semoga kalian di limpahi rahmat dan mendapat kasih sayangnya dari Dia Yang Maha Kaya.Hati hati memandu dan jangan lupa jaga kesihatan.Kita jumpa lagi nanti in sha allah.

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s