Apakah penting mendapatkan khidmat nasihat dari agen/wakil dari Syarikat Ansurans/Takaful

Tahun ini 2014 merupakan tahun ke 10 saya dalam Industri Ansurans.Ada pelbagai kisah suka dan duka yang saya lalui sepanjang kerjaya ini.Pengalaman mencari pelanggan baru,menguruskan tuntutan ‘claim’ dan juga membuat pengeluaran.

Pernah juga rakan sebelajar saya dahulu,tuntutan ‘claim’ isteri beliau tidak diluluskan(reject).Semua ini saya lalui dengan hati terbuka.Saya percaya,bukan mudah untuk memikul sebuah tanggungjawab.Apatah lagi ia melibatkan wang ringgit yang cukup sinonim sensitifnya di kalangan masyarakat saya ‘orang melayu’.

Saya juga tidak rasa malu untuk kongsikan dengan pembaca semua.Pernah saya duduk minum dengan rakan(pelanggan) saya di restoran.Datang bos beliau dan duduk minum dengan kami.Sebaik saya memperkenalkan diri sebagai ‘ansurans agent’.Lantas air muka beliau berubah dan mengeluarkan rasa tidak puas hati terhadap agen servising lama beliau.

Saya lemparkan senyuman,dan mohon maaf bagi pihak rakan beliau.Ini kerana,kami di latih untuk sentiasa bersedia dengan hati terbuka apa sahaja rintangan dan halangan yang kamil(agent) bakal lalui.Ini mengingatkan kisah bos saya juga,pernah di halau dengan penyapu sebaik tiba di pintu pagar rumah bakal pelanggan beliau.

Izinkan saya kongsikan mengapa pentingnya anda sebagai pelanggan atau pengguna memerlukan khidmat nasihat dari seorang agen atau wakil dari syarikat insurans/takaful.

Kenapa pentingnya ada agent?

Tuan mungkin setuju jika saya nyatakan kereta yang tuan pandu sekarang ada bengkel yang biasa tuan hantar servis ataupun mendapatkan khidmat pembaikan.Malah kadang kala urusan harian kita juga ada kala kita memerlukan khidmat bantuan dari luar(outsouce).Sebagai contoh menghantar anak ke sekolah/kelas tambahan,memotong rambut,mengangkat barang pindah,penyelengaraan rumah seperti paip/bumbung rumah bocor dan sebagainya.

Walaupun nampak mudah,namun jika kita tidak mempunyai ilmu,pengalaman menguruskannya.Ia barangkali boleh jadi lebih kritikal atau langsung tidak boleh digunakan.Setuju bukan?

Berbalik kepada tajuk kita tadi,apakah untuk melihat masa hadapan seperti pelajaran pendidikan anak,pesaraan dan perubatan,kita anggap yang kita mampu boleh uruskan sendiri?Tanpa maklumat yang cukup dan tidak langsung memiliki agen/wakil dari syarikat insurans/takaful,saya tak rasa ia satu pilihan yang tepat.Apatah lagi ia melibatkan masa hadapan anak dan keluarga kita.Boleh jadi untuk 20 tahun lagi atau jaminan seandainya sesuatu mala petaka berlaku ke atas diri.

Apa patut saya buat sekarang?

Langkah pertama yang perlu tuan lihat semula ialah ‘portfolio’ kewangan.Semak komitmen bulanan tuan.Hubungi agent/wakil yang boleh anda jadikan sebagai tempat rujukan.Ingat,kita adalah pemilik kenderaan.Kita berhak untuk mendapatkan maklumat sebagai rujukan kita di masa hadapan.

Agen servising saya hilang.

Sebaik baiknya,hubungi Head Quaters syarikat tuan.Maklumkan situasi tuan sekarang bagaimana.Mohon dengan mereka untuk hantarkan agent/wakil bagi menguruskan portfolio tuan dan keluarga.Maklumla,kadangkala kita tak sempat untuk ‘update’ semua urusan penting seperti penukaran alamat surat menyurat,status pekerjaan dan tahap kesihatan kita.

Saya sarankan kepada anda yang ingin mendapatkan khidmat dan bantuan.Kumpulkan semua polisi/sijil dokumen yang pernah anda miliki dan segera hubungi saya.

 
zaremiothman
012-6195700
Advertisements
This entry was posted in Berita Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s