Kerjaya Takaful Pilihan Saya

Part Time

Hai assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera buat pembaca yang budiman.Bagaimana awal tahun ini?Jadual rancangan azam tuan tuan dan cik puan mengikut seperti rancangan hujung tahun yang lalu?

Saya ada berita baik ingin di kongsikan.Mana tahu,di sini tempat yang boleh membantu ekonomi dan membina kerjaya masa hadapan tuan & cik puan.

Insha allah pada 1Mac 2014,Sabtu jam 9.30am-12.30pm.Great eastern akan mengadakan sessi kerjaya bagi suku tahunan pertama 2014.Saya minta tuan tuan dan cik puan sudi meluangkan sedikit masadatang dan dengar sendiri latar belakang speaker yang pertama ini.Beliau adalah salah seorang orang kuat dalam Great Eastern dan telah memenangi beberapa pingat penghargaan dari syarikat.

Speaker jemputan kita yang ke dua merupakan salah seorang agent yang baru sahaja di naikkan pangkat sebagai Unit Sales Manager.

Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada tuan & cik puan yang bakal hadir nanti.Mudah mudahan saya dapat berjumpa di majlis ilmu ini nanti.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut,hubungi saya sekarang 012-6195700.Tiket PERCUMA bagi 5 orang yang pertama.call sekarang.Kata guru saya,hanya yang PANTAS AKAN MENANG!Jumpa nanti iya.

Apakah penting mendapatkan khidmat nasihat dari agen/wakil dari Syarikat Ansurans/Takaful

Tahun ini 2014 merupakan tahun ke 10 saya dalam Industri Ansurans.Ada pelbagai kisah suka dan duka yang saya lalui sepanjang kerjaya ini.Pengalaman mencari pelanggan baru,menguruskan tuntutan ‘claim’ dan juga membuat pengeluaran.

Pernah juga rakan sebelajar saya dahulu,tuntutan ‘claim’ isteri beliau tidak diluluskan(reject).Semua ini saya lalui dengan hati terbuka.Saya percaya,bukan mudah untuk memikul sebuah tanggungjawab.Apatah lagi ia melibatkan wang ringgit yang cukup sinonim sensitifnya di kalangan masyarakat saya ‘orang melayu’.

Saya juga tidak rasa malu untuk kongsikan dengan pembaca semua.Pernah saya duduk minum dengan rakan(pelanggan) saya di restoran.Datang bos beliau dan duduk minum dengan kami.Sebaik saya memperkenalkan diri sebagai ‘ansurans agent’.Lantas air muka beliau berubah dan mengeluarkan rasa tidak puas hati terhadap agen servising lama beliau.

Saya lemparkan senyuman,dan mohon maaf bagi pihak rakan beliau.Ini kerana,kami di latih untuk sentiasa bersedia dengan hati terbuka apa sahaja rintangan dan halangan yang kamil(agent) bakal lalui.Ini mengingatkan kisah bos saya juga,pernah di halau dengan penyapu sebaik tiba di pintu pagar rumah bakal pelanggan beliau.

Izinkan saya kongsikan mengapa pentingnya anda sebagai pelanggan atau pengguna memerlukan khidmat nasihat dari seorang agen atau wakil dari syarikat insurans/takaful.

Kenapa pentingnya ada agent?

Tuan mungkin setuju jika saya nyatakan kereta yang tuan pandu sekarang ada bengkel yang biasa tuan hantar servis ataupun mendapatkan khidmat pembaikan.Malah kadang kala urusan harian kita juga ada kala kita memerlukan khidmat bantuan dari luar(outsouce).Sebagai contoh menghantar anak ke sekolah/kelas tambahan,memotong rambut,mengangkat barang pindah,penyelengaraan rumah seperti paip/bumbung rumah bocor dan sebagainya.

Walaupun nampak mudah,namun jika kita tidak mempunyai ilmu,pengalaman menguruskannya.Ia barangkali boleh jadi lebih kritikal atau langsung tidak boleh digunakan.Setuju bukan?

Berbalik kepada tajuk kita tadi,apakah untuk melihat masa hadapan seperti pelajaran pendidikan anak,pesaraan dan perubatan,kita anggap yang kita mampu boleh uruskan sendiri?Tanpa maklumat yang cukup dan tidak langsung memiliki agen/wakil dari syarikat insurans/takaful,saya tak rasa ia satu pilihan yang tepat.Apatah lagi ia melibatkan masa hadapan anak dan keluarga kita.Boleh jadi untuk 20 tahun lagi atau jaminan seandainya sesuatu mala petaka berlaku ke atas diri.

Apa patut saya buat sekarang?

Langkah pertama yang perlu tuan lihat semula ialah ‘portfolio’ kewangan.Semak komitmen bulanan tuan.Hubungi agent/wakil yang boleh anda jadikan sebagai tempat rujukan.Ingat,kita adalah pemilik kenderaan.Kita berhak untuk mendapatkan maklumat sebagai rujukan kita di masa hadapan.

Agen servising saya hilang.

Sebaik baiknya,hubungi Head Quaters syarikat tuan.Maklumkan situasi tuan sekarang bagaimana.Mohon dengan mereka untuk hantarkan agent/wakil bagi menguruskan portfolio tuan dan keluarga.Maklumla,kadangkala kita tak sempat untuk ‘update’ semua urusan penting seperti penukaran alamat surat menyurat,status pekerjaan dan tahap kesihatan kita.

Saya sarankan kepada anda yang ingin mendapatkan khidmat dan bantuan.Kumpulkan semua polisi/sijil dokumen yang pernah anda miliki dan segera hubungi saya.

 
zaremiothman
012-6195700

Lebih 2 jam tersadai

Kereta Breakdown

Minggu ini saya ingin kongsikan dengan pembaca semua tentang kisah benar yang berlaku pada minggu lalu.

Ada ramai orang khususnya pemilik kenderaan yang tidak tahu kelebihan yang disediakan dalam ‘General Insurans’ iaitu insurans kereta yang mereka beli setiap tahun.Ada yang hanya sekadar renew dan tidak langsung menyimpan dokumen insurans kereta tersebut.

Espesially kalau emergency seperti di atas berlaku semasa balik kampung,luar kawasan laluan orang ramai atau dalam kemalangan yang kita tidak dapat elakkan.Jangan lekas panik apabila ’emergency’ berlaku seperti ini.Hubungi pihak insurans(yang anda renew)untuk semak dengan mereka adakah perkhidmatan ‘towing’ di sediakan?Mereka akan semak dalam sistem dan mungkin ada caj tambahan yang akan di kenakan sekiranya luar dari kawasan yang di senaraikan dalam ‘list’  mereka.Jangan lupa maklumkan situasi kereta anda bagaimana?langsung tidak boleh bergerak atau boleh bergerak.Bagi kenderaan pacuan 4 roda,saya cadangkan anda perlu tahu samada boleh di tarik menggunakan 2 wheels atau tidak.Ini kerana lori tarik yang akan tiba nanti,akan datang berdasarkan laporan yang anda buat.Jika anda tidak pasti lebih baik tarik dengan ke empat empat tayar seperti gambar di atas.

Sekiranya tidak ada perkhidmatan tersebut minta mereka bantu dan tanyakan berapa harga yang akan di kenakan kepada anda.Ini penting supaya anda tidak menjadi mangsa tarik kereta.Duduk dalam kereta baik-baik dan kunci bagi tujuan keselamatan.Pada anda yang bawa anak kecil,pegang tangan mereka sebaik baiknya bagi mengelakkan tragedi yang tidak di ingini.

Berita baik bagi anda yang memohon Pelan Simpanan Takaful Kad Perubatan Hospital.Kami ada menyediakan perkhidmatan tambahan kepada pemilik polisi inusrans/takaful sekiranya kejadian ‘breakdown’  seperti ini berlaku.Bukan sekadar menabung,perlindungan hospital malah kami sediakan perkhidmatan ‘towing’ sekiranya perlu.Hubungi saya 012-6195700 untuk maklumat lanjut atau klik www.takafulmedical.com

Saya sedia bantu anda!